Saturday 26 December 2015

Masih Ada Lagi Menteri Nak Puji GST Bagus?

PETALING JAYA: Warga kota yang menyambut Krismas pada tahun ini mengeluh akibat pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) oleh kerajaan.

Wartawan sambilan The Star, Magdalene Luis, 25, menyifatkan pelaksanaan GST oleh kerajaan telah menyebabkan perbelanjaan untuk menyambut Krismas pada tahun ini agak tinggi.

“Memang terasa bahang GST tu dengan adik-adik masih belajar lagi. Pendapatan tak meningkat tapi perbelanjaan dan harga barangan semakin meningkat setiap tahun,” katanya kepada FMT.

Dia berkata demikian mengulas mengenai sambutan hari Natal pada tahun ini akibat daripada pelaksanaan GST.

Sementara itu, guru di salah sebuah sekolah swasta, Sherrlyn Sigang, 25, pula berpendapat, Krismas yang disambut pada tahun ini agak berbeza dengan tahun lepas ekoran adanya kenaikan harga barang menerusi GST.

“Dulu majoriti buat rumah terbuka, sekarang banyak yang buat perjumpaan antara keluarga. Contoh kat Sarawak ada kedai makanan segera yang dulu memang tak pernah ada cukai atau GST sebab dalam kefahaman kami kedai macam tu hak orang Sarawak.

“Tetapi sekarang kedai itu dah ada tax (cukai) atau GST bagai..so banyak dah meningkat secara mendadak,” katanya.

Dalam pada itu, Eksekutif Pentadbiran, Cassandra G. Pasqual, 25, pula berkata, sebagai seorang rakyat biasa, dia terpaksa redha dengan pelaksanaan GST kerana tidak mempunyai pilihan lain.

“Barang-barang semua ada GST. Kita tidak ada pilihan. Kena beli sebab barang-barang itu kita perlukan. Kita orang biasa sahaja. Tak boleh buat apa-apa. Kita terima sahaja..,” keluhnya.


[ Sumber ]

No comments :

Post a Comment