Sarawak Report pada Ogos 2012 melaporkan keputusan Mahkamah Tinggi United Kingdom berhubung pertikaian pembelian kumpulan hotel Coroin yang mana penyalur maklumat berkata Low mempunyai kaitan dalam dana itu.
Jurucakap Low berkata kepada The Malaysian Insider, biasanya ahli perniagaan itu mengambil rakan kongsi perniagaan ‘untuk rekod prestasi yang baik’.
“Mr Low merupakan pelabur bersama dan mengetuai koordinasi cadangan membida Kumpulan Hotel Maybourne (Claridge’s, the Connaught dan Berkeley di London) bersama Aabar Investments PJS (dana entiti mewah kawalan kerajaan Abu Dhabi).
“1MDB merupakan satu daripada berapa pelabur yang dijemput Aabar Investments PJS bagi menilai peringkat awal peluang pelaburan 2010/2011. Bagi memudahkan bidaan, pelabur yang berminat mengemukakan surat sokongan bidaan,” kata jurucakap itu kepada The Malaysian Insider pagi ini.
Bagaimanapun, jurucakap itu berkata konsortium kalah dalam bidaan hotel di mana penghakiman Britain mendedahkan pesaing bidaan cuba membeli anggaran 39% pegangan kumpulan Coroin dari ahli perniagaan Derek Quinland pada 2011.
"Mr Low akan terus mencari peluang perkongsian pelaburan menarik serata dunia," katanya.
Sarawak Report melaporkan penghakiman Britain mendapati bidaan Low bernilai £1.028 bilion (RM5.7 bilion) untuk kumpulan hotel milik Wynton Group dibantu 1MDB bagi melawan Barclay UK.
"Hakim jelas bahawa Low beberapa kali mewakili dirinya dan syarikat sebagai entiti disokong kerajaan Malaysia," katanya.
Laporan itu mendakwa apabila penjual British kurang senang dengan nilai bidaan Low, ahli perniagaan kelahiran Pulau Pinang itu mengirimkan beberapa pucuk surat daripada pihak ketiga termasuk dari 1MDB menyatakan sokongan menguatkan tawaran.
Menolak dakwaan menggunakan 'pintu belakang', jurucakap berkata perniagaan Low di Malaysia dan luar negara mematuhi semua peraturan berkaitan dan undang-undang.
Katanya, Low dan syarikat tidak pernah menerima pampasan atau naungan secara terus daripada mana-mana entiti milik kerajaan Malaysia.
"Mr Low tidak pernah memegang apa-apa jawatan dalam 1MDB atau kerajaan. Mr Low pernah dilantik sebagai salah seorang penasihat dalam Terengganu Investment Authority (TIA) setelah diundang pemegang saham bagi memberikan nasihat berdasarkan pasaran bermula Januari hingga Mei 2009," katanya. ~tmi
Ada apa-apa nak komen?
No comments :
Post a Comment