Friday 18 December 2015

Adakah PAS Setuju Dengan Cukai Zalim GST?

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi menyeru agar UMNO dan Pas bersatu, kali ini di hadapan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri.

Kedua-dua tokoh itu berkongsi pentas dalam program perasmian Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015 di Hotel Grand Season, di sini, pada Khamis.
.
Kata Presiden UMNO, Islam sendiri menganjurkan agar umatnya bersatu dan mengelakkan kancah perpecahan.

“Al-Quran dengan jelas menggariskan prinsip ini. Ia adalah perintah, bukannya pilihan.

“Maka saya ingin nyatakan; saya yang mewakili kabilah saya, Tuan Guru dengan kabilahnya, marilah berpegang dengan ayat (Al-Quran) ini,” katanya disambut tepukan sebahagian hadirin.

Dalam pada itu, Ketua Dewan Ulamak Pas, Datuk Mahfodz Mohamed berkata, Pas masih belum membuat apa-apa keputusan berhubung perkara itu.

Menyifatkan ucapan Najib sebagai bagus, beliau juga menegaskan UMNO perlu menunjukkan keikhlasan mereka dari segi pelaksanaan.

“Belum terima, belum tolak. Kita tunggu dan lihat.

“Pas belum buat apa-apa keputusan, (tapi) seperti apa yang Tok Guru (Abdul Hadi) nyatakan, kena dekatkan lagi hubungan berdasarkan agama,” katanya ketika ditemui wartawan selepas perasmian.


[ Sumber ]



No comments :

Post a Comment