Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam
Malaysia (YaPEIM) sedang melaksanakan langkah-langkah penambahbaikan ke
arah mencapai sistem tadbir urus yang sempurna secara berterusan.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya,
Datuk Abibullah Samsudin berkata usaha ini diambil setelah menerima
arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk membentuk satu
pasukan khas atau ‘task force’ bagi menilai dan menambah baik aspek
tadbir urus agensi-agensi agama termasuklah YaPEIM.
“Pasukan khas ini akan diketuai oleh
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi
Dusuki. Di dalam perbahasan pergulungannya di persidangan Dewan Rakyat
pada 17 November 2015 telah menyatakan kesediaan pihak menteri dan
timbalan menteri untuk menambah baik tadbir urus semua agensi-agensi
agama di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
termasuklah YaPEIM.
Beliau
turut menyarankan agar agensi agama seperti YaPEIM hendaklah bukan
sahaja memastikan segala operasinya mematuhi peraturan tetapi juga
mestilah sentiasa berusaha untuk menepati prinsip moral dan integriti,”
katanya dalam kenyataan hari ini
Abibullah berkata buat masa ini, presiden
dan timbalan presiden YaPEIM telah meletak jawatan di dalam semua
anak-anak syarikat YaPEIM, termasuk perletakan jawatan Felo Institut
Penyelidikan dan Perundingan YaPEIM Sdn. Bhd berkuatkuasa pada 1
Disember 2015.
“Keputusan ini dibuat oleh presiden dan
timbalan presiden YaPEIM bagi membolehkan mereka memberi tumpuan
sepenuhnya kepada urusan-urusan di YaPEIM.
“Penambahbaikan tadbir urus YaPEIM akan
dibuat secara berterusan bagi memastikan YaPEIM menjadi sebuah institusi
ummah yang dipercayai dan diyakini,” katanya.
Ingin menambah sesuatu pada laporan ini? Sila maklumkan melalui komen di bawah.
No comments :
Post a Comment