Najib ketika merasmikan Perhimpunan Agung Umno 2015 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Khamis memuji keputusan PAS meninggalkan “Pakatan Pembangkang”.
“Dengan hati yang terbuka dan nubari yang merdeka, kita hulurkan tali silaturahim, kita hulurkan ikatan ukhuwah menuju kesempurnaan membina sebuah Malaysia di atas syariatnya,” katanya dalam ucapan dasar beliau hari ini.
Ucapan beliau itu mendapat tepukan gemuruh ribuan delegasi Umno hari ini yang spontan melaungkan takbir “Allahuakbar!”
Najib menyentuh perhubungan dingin dan retak antara PAS dan DAP di negeri yang dikuasai mereka dan menyatakan parti pemerintah Pulau Pinang itu sebagai tidak pernah setia dengan rakan sekutu mereka selama ini.
“Itulah dia DAP, yang tidak pernah setia dengan rakan gabungannya. Tahun 1990, mereka membentuk gabungan pembangkang. Lalu berpecah pada tahun 1995. Bergabung semula di tahun 1999. Kemudian tahun 2004, berpisah lagi.
“Kalau nak ikutkan perumpamaan orang berkahwin, sudah tiga kali jatuh talak. Nampaknya, besok-besok, kalau pecah pulak dengan Pakatan Harapan, tak taulah pulak talak berapa nak pakai nanti,” kata Presiden Umno itu.
Najib turut mengutuk Pulau Pinang yang didakwanya menzalimi orang Melayu sehingga ADUN Penanti dari PKR mengalirkan air mata di Persidangan Dewan Undangan Negeri baru-baru ini.
“Ini tidak pernah berlaku ketika pemerintahan BN.
“Realitinya, siapa yang zalim sebenarnya? Tepuk dada, tanyalah selera,” kata beliau during tepuk sorak delegasi yang memenuhi dewan dan ruang legar PWTC.
[ Sumber ]
Ada apa-apa nak komen?
No comments :
Post a Comment