Monday, 28 December 2015

Berita Sedih Untuk Usahawan ICT Bumiputera

Jualan dalam industri ICT jatuh 30% sejak cukai barangan dan perkhidmatan (GST) diperkenalkan pada April walaupun peruncit, pembekal dan pengguna sudah menyesuaikan diri dengan cukai baharu itu, kata persatuan.

Pengerusi Persatuan Komputer dan Multimedia Malaysia (Pikom) Chin Chee Seong berkata, jualan juga terjejas disebabkan kelemahan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan kelembapan ekonomi.

Menurut Chin, faktor-faktor ini menyebabkan jualan masih belum meningkat selepas GST diperkenalkan dan pasaran dijangka pulih semula pada separuh ke-2 2016.

Katanya, walaupun jualan meningkat dalam 3 bulan pertama 2015 disebabkan pengguna tergesa-gesa membeli sebelum GST, ini masih belum dapat menampung kerugian selepas cukai baharu itu dikuatkuasakan.

"Kejatuhan nilai ringgit, turun naik harga minyak mentah, keadaan ekonomi yang lembap, kekurangan keyakinan pengguna dan rantaian kesan daripada penghapusan subsidi, kesemua faktor ini berkait rapat dalam menghalang proses ‘pemulihan’ tersebut.

"Kami menjangkakan pemulihan dalam pasaran runcit ICT (selepas GST) yang akan mengambil masa lebih lama dan mungkin hanya akan berakhir pada separuh ke-2 tahun 2016," katanya kepada The Malaysian Insider.

Dalam penilaian industri ICT 8 hingga 9 bulan selepas GST dilaksanakan, Chin berkata, syarikat kecil yang paling terkesan daripada cukai itu kerana mereka tidak dapat menuntut semula cukai-cukai input dikenakan terhadap mereka.

Mereka tidak dapat memindahkan cukai dikenakan kepada pengguna. Menurut Jabatan Kastam, hanya perniagaan yang mempunyai perolehan sebanyak RM500,000 setahun dapat mengenakan GST kepada pelanggan.

"Pikom bercadang untuk menjalankan kaji selidik untuk mengukur sentimen dan kesan keseluruhan industri ICT, khususnya di kalangan anggota runcit dan SME pada suku pertama 2016, selari dengan setahun pelaksanaan GST. Mungkin gambaran yang lebih jelas akan dapat membantu mereka,” kata Chin.

Sementara itu, katanya, dari segi kadar nilai ringgit yang semakin rendah berbanding dolar AS, sememangnya menjejaskan jualan kerana harga produk dan perkhidmatan ICT menjadi lebih mahal.

"Pada masa sama, nilai ringgit yang lemah juga akan membantu pengeksport kita untuk menjadi lebih berdaya saing dalam pasaran global," katanya.

Walaupun import barangan dan perkhidmatan ICT menjadikan lebih mahal, kelemahan ringgit menyebabkan pengeksport ICT tempatan menjadi lebih kompetitif di pasaran global dalam jangka pendek dan sederhana, katanya.

"Kami mengatakan dalam jangka masa pendek dan sederhana kerana tidak pasti sehingga berapa lama keadaan nilai mata wang ringgit berbanding dolar AS akan berterusan sebegini.

"Bagaimanapun, harga produk ICT pastinya akan terima kesan daripadanya dengan peningkatan kira-kira 30% dalam nilai ringgit termasuk duti import tambahan yang dikenakan berdasarkan kepada nilai mata wang ringgit berbanding dolar AS yang sedia ada.

“Jika trend ini berterusan, tahap pengimportan mungkin terjejas dalam jangka masa sederhana dan panjang," katanya.

Chin berkata, disebabkan nilai ringgit lemah, terdapat syarikat-syarikat yang melambatkan atau membatalkan pelaburan dan pembelian tertentu.

Banyak juga yang mengambil langkah "tunggu dan lihat" dengan harapan kemerosotan nilai ringgit akan pulih.

"Sudah terdapat tanda-tanda ringgit akan meleset ke paras yang paling rendah dan keputusan untuk melakukan pembelian akan datang mungkin pada tahun 2016," katanya. – 28 Disember, 2015.

[ Sumber ]

Catatan HS : Blogging lagi bagus daripada Facebooking, blogging boleh generate income melalui Nuffnang atau Google Adsense.
Ada apa-apa nak komen?

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...