Tuesday, 29 December 2015

Demi Pembangunan, Beginilah Nasib Nelayan Di Pulau Pinang

YB Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang
Perasaan bercampur baur di kalangan rakyat Pulau Pinang mengenai penambakan tanah di negeri itu terutama pelan terkini untuk mewujudkan pulau buatan manusia di luar pantai selatan pulau bagi membiayai Pelan Induk Pengangkutan (PTMP) bernilai RM27 bilion.

Nelayan di kawasan itu tidak berpuas hati dengan cadangan SRS Consortium Sdn Bhd untuk menuntut semula 2 pulau di pantai berhampiran Kampung Permatang Damar Laut, Batu Maung, dan berkata apabila ia dilaksanakan, kehidupan mereka tidak akan sama lagi.

Nelayan Sharir Yusoff, 53, berkata keadaan sedia sudah sukar bagi masyarakat nelayan di sana dengan tangkapan yang semakin berkurangan, dan bercakap mengenai projek tebus guna menimbulkan lagi kegelisahan.

"Sudah tentu saya tidak bersetuju. Satu projek seperti itu akan memberi kesan kepada nelayan. Dan bagaimana pula dengan rumah saya? Tidakkah ia menghalang jika mereka mahu membangunkan kawasan ini?

"Tidak ... saya harap keluarga saya tidak perlu berpindah. Siapa mahu berpindah dari rumah di kampung yang selama ini menjadi kediaman beberapa dekad kepada sebuah flat sempit?" kata penduduk Kampung Permatang Damar Laut kepada The Malaysian Insider.

Adiknyanya Rosnida, 49, yang menetap di kampung tepi pantai itu berkata, beliau juga bimbang tentang rumah dan nelayan.

"Apa yang kerajaan mahu lakukan untuk meningkatkan pengangkutan awam dan mengurangkan kesesakan adalah bagus. Tetapi mereka perlu bertanya kepada orang di sini, yang akan paling terjejas disebabkan penambakan tanah. Apa yang mereka fikir dan beritahu dengan jelas apa yang akan mereka hadapi.

"Adakah kami akan kehilangan rumah jika projek itu mendapat kelulusan? Terlalu banyak ketidakpastian sekarang. Tetapi jika projek diteruskan, saya pasti nelayan di sini akan terjejas," katanya sambil menambah terdapat kira-kira 15 nelayan di kawasan itu.

Rosnida berkata, laut berubah sejak beberapa tahun kebelakangan ini disebabkan pembinaan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah yang sudah siap dan dibuka kepada lalu lintas pada awal tahun lepas.

"Terdapat beberapa pengelodakan dan pemendapan. Air tidak begitu jernih lagi tetapi ia akan kembali kepada asal seiring peredaran masa. Ia semakin pulih dan kini kami mendengar tentang projek tebus guna tanah," kata pekerja kilang bersara itu baru-baru ini.

Pandangan mereka dikongsi nelayan lain yang bergantung kepada selatan laut pulau untuk kelangsungan hidup mereka.

Nelayan yang mewakili 14 unit di bahagian selatan Pulau Pinang baru-baru ini mengadakan bantahan bagi menyuarakan rasa tidak puas hati mereka dengan cadangan itu.

Mereka berkata penambakan akan memusnahkan tempat pembiakan ikan dan udang, mengurangkan bekalan tempatan makanan laut segar, menyebabkan kenaikan harga dan menjadi punca "kematian masyarakat nelayan" di sana.

Salah seorang nelayan yang turut serta dalam tunjuk perasaan, Ang Hock Hin, 66, berkata sudah bekerja sebagai nelayan sejak berusia 12 tahun dan tahu segala-galanya tentang perniagaan itu dan laut.

"Anda mahu tebus guna laut? Bagus. Tetapi bagaimana pula dengan nelayan? Anda akan merosakkan kawasan di mana kami menangkap ikan, dan tempat di mana ikan dan udang diberi makan dan membiak.

"Ia akan memusnahkan kami. Adakah kami akan menerima cadangan ini begitu sahaja? Tidak, kita perlu bersuara dan biarlah pihak berkuasa tahu," katanya.

Datuk Abdul Malik Abul Kassim berkata, 150 nelayan yang diberi penjelasan mengenai kebaikan projek tebus guna semula tanah memberi tindak balas positif. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 29 Disember, 2015.Datuk Abdul Malik Abul Kassim berkata, 150 nelayan yang diberi penjelasan mengenai kebaikan projek tebus guna semula tanah memberi tindak balas positif. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 29 Disember, 2015.Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Maung Datuk Abdul Malik Abul Kassim berkata, 150 nelayan yang ditemui awal bulan ini bagi menjelaskan cadangan PTMP dan penambakan menerima perkara itu dengan positif.

Beliau berkata, selepas dijelaskan kepentingan mereka akan dilindungi dan terdapat limpahan ekonomi, para nelayan memberi tindak balas lebih positif kepada idea itu.

Malik berkata dua pertiga daripada nelayan yang akan terjejas akibat penambakan itu berada dalam kawasannya.

Sementara itu, mereka yang tinggal jauh daripada projek tebus guna tanah yang dicadangkan lebih bersedia menerima idea pulau buatan manusia dalam pertukaran untuk PTMP, seperti penduduk Green Lane, G. Thiagarajan, 64, yang menganggapnya sebagai "kemajuan".

Bekas pekerja pembinaan itu berkata, rakyat tidak perlu menolak cadangan tersebut kerana ia adalah penting bagi kemajuan negeri dan menggunakan pembangunan Singapura sebagai contoh.

"Ada tebus semula tanah di negara-negara lain seperti Singapura. Di mana Singapura di mata dunia hari ini? Ini adalah untuk kepentingan ekonomi dan masa depan Pulau Pinang," katanya.

Penduduk Bayan Baru, A. Ganesan, 42, juga tidak membantah cadangan itu tetapi berkata kerajaan negeri perlu ingat akan isu-isu terbesar yang dihadapi penduduk Pulau Pinang adalah soal perumahan dan mencari nafkah.

"Ia tidak mengapa menebus guna semula tanah jika ia akan membawa kebaikan kepada rakyat. Oleh itu, kita perlu tahu apa jenis pembangunan yang kita boleh dapat daripada tebus guna tanah. Adakah mereka untuk rakyat Pulau Pinang atau warga asing?" kata pemandu teksi itu. – 29 Disember, 2015.

[ Sumber ]

Catatan HS : En. Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang, berasal dari Melaka, bukan orang Pulau Pinang.
Ada apa-apa nak komen?

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...