Suasana
pilu menyelubungi Bilik Singgahsana Istana Besar, Johor sewaktu
orangramai dan golongan pembesar dibenarkan hadir memberi penghormatan
terakhir kepada Almarhum Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan
Ibrahim, 25, sejak jam 9.30 hingga 12.30 tengahari tadi.
Keranda
yang dibaluti bendera peribadi Tunku Abdul Jalil diletakkan di bahagian
tengah berhampiran pintu masuk singgahsana manakala topi dan pedang
polis milik Almarhum turut diletakkan di atas keranda.
Orang awam
yang hadir membuat penghormatan perlu melalui pusingan U mengelilingi
keranda dan dibenarkan berhenti seketika di hadapan jenazah untuk
menyampaikan bacaan al-Fatihah dan doa.
Sekumpulan lelaki turut memperdengarkan bacaan al-Quran berhampiran jenazah Almarhum.
Perdana
Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah
Mansor tiba di Istana Besar kira-kira jam 1 tengahari tadi.
Terdahulu, Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah dan Sultanah Kalsom turut mencemar duli memberi penghormatan akhir.
Pembesar
lain yang turut hadir antaranya, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr
Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin
Hussein, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam dan Ketua
Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa.
Tunku
Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang memberikan penghormatan
terhadap adiknya dalam posting di Facebook, menyifatkan Almarhum Tunku
Abdul Jalil Sultan Ibrahim sebagai sumber kekuatan dan inspirasi.
“Kepada adikku yang dikasihi…Dalam banyak malam yang berlalu, inilah malam yang paling sukar untuk saya.
“Kamu juga kekuatan dan inspirasiku. Kamu punyai satu sifat yang kita tiada; jiwa yang penyayang dan rendah diri.
“Saya
sayangkan kamu sepenuh hati dan sangat rindukan kamu. Kamu takkan
dilupakan. Namamu akan dibawa oleh warisku. Senyumanmu adalah
kekuatanku. Semoga Allah merahmatimu, adikku. Saya sentiasa sayangkan
kamu,” kata Tunku Ismail.
Almarhum
Tunku Abdul Jalil, 25, anakanda keempat dari enam adik beradik dan
putera kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan
Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah mangkat jam 7.11
Sabtu Sabtu di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor, akibat kanser.
Ada apa-apa nak komen?
No comments :
Post a Comment