Bekas presiden MCA itu, yang didakwa Najib kerana membuat kenyataan tentang sumbangan politik itu berkata, perdana menteri juga gagal mendedahkan identiti pendermanya, sumber dana itu atau bagaimana ia digunakan.
Dr Ling juga berkata, Najib mengaku menerima RM2.6 bilion sebagai derma pada 8 Disember tahun ini dan tidak menyalurkan wang itu ke akaun Umno.
"Plaintif menjelaskan, menjadi hasrat penderma supaya derma tersebut dibuat kepada plaintif secara peribadi dan, sumbangan itu didepositkan ke dalam akaun peribadi plaintif.
"Ini bertentangan dengan kenyataan awal plaintif yang menyatakan semua dana politik mesti disalurkan ke akaun parti politik itu dan disertakan dengan suatu pengakuan penerimaan, bertujuan demi mencegah rasuah," kata Dr Ling.
Beliau memfailkan pembelaannya hari ini melalui firma guaman Tetuan Ranjit Singh dan Yeoh.
Bekas menteri pengangkutan itu turut mengaku tingkah laku dan perbuatan plaintif merupakan perkara berkepentingan awam yang mesti tertakluk kepada perbincangan awam dan terbuka kepada kritikan dan penelitian yang rapi.
Beliau berkata, pemindahan dana itu, kebanyakannya berlaku pada Mac 2013 sebelum pilihan raya umum tahun itu, menimbulkan persepsi perdana menteri tidak berlaku jujur atau terlibat dalam politik wang untuk membeli keputusan pilihan raya. – 14 Disember, 2015.
[ Sumber ]
Ada apa-apa nak komen?
No comments :
Post a Comment