Menurut Presiden Persatuan Pengilang dan Industri Perkhidmatan Bumiputera Malaysia (PPIPBM) Nurammar Abu Bakar, ini kerana kenaikan tarif akan meningkatkan kos operasi dan pengeluaran.
“Akhirnya, pengilang dan pengusaha terpaksa menyesuaikan diri dan perlu memindahkan kenaikan kos kepada pengguna,” katanya ketika dihubungi.
“Ini pasti akan menambahkan beban pengguna, yang sudah pun terpaksa menanggung GST (cukai barangan dan perkhidmatan) dan kenaikan lain, seperti kos pengangkutan,” katanya lagi.
Menurut laporan The Star Isnin lalu, kadar tarif elektrik dijangka meningkat untuk beberapa tahun akan datang, ekoran pengumuman kerajaan untuk mengurangkan subsidi gas berpaip di Semenanjung Malaysia.
Di bawah dasar rasionalisasi subsidi, harga gas berpaip akan dinaikkan RM1.50/mmBtu pada setiap enam bulan sehingga mencapai harga pasaran.
Pada April lalu, kerajaan mengumumkan sedang mengkaji untuk memperkenalkan mekanisme Masa Penggunaan (eTOU) di Sektor perindustrian menjelang akhir tahun ini.
Memetik laporan Astro Awani, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), Datuk Dr Nadzri Yahaya berkata menerusi eTOU, kadar elektrik akan dikekalkan pada waktu siang dan dikurangkan pada waktu malam.
Jika mekanisme itu dilaksanakan, kata Nurammar lagi, ia pasti akan dapat mengurangkan kos pengeluaran yang ditanggung.
Katanya lagi, kerajaan juga boleh memperkenalkan insentif yang dapat mengurangkan kos pengeluaran kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS), yang akhirnya pasti akan memberi manfaat kepada pengguna.
[ Sumber ]
Ada apa-apa nak komen?
No comments :
Post a Comment