Sunday 6 December 2015

Mahathir Kini Terima Balasan ..

 Surat Terbuka Untuk Tun Dr Mahathir


1. Pertama sekali ingin saya ucapkan terima kasih buat Tun kerana telah menyampaikan surat kepada kami, ahli akar umbi UMNO ini. Jika dahulu, kami ini nak jumpa Tun pun susah, tetapi sekarang boleh dapat surat rayuan dari Tun. Maka berbangga dan berbesar hatilah kami menerima dan membaca surat tersebut.

2. Tun, saya langsung tidak dapat bersetuju dan bersama dengan Tun dalam 'perjuangan' Tun pada kali ini. Sedarkah Tun, apa yang Tun hamburkan terhadap kerajaan sekarang mengenai kebebasan bersuara dan media merupakan perkara yang sama yang dilakukan Tun semasa Tun menjadi PM. Waktu itu kami sokong dan kami setuju kerana bagi kami, negara ini memerlukan kawalan dan kebebasan bersuara haruslah ada hadnya. Dan pendirian kami tidak berubah dari dulu, sedih juga apabila kami lihat Tun sudah berubah dari apa yang Tun percaya dan Tun laksana ketika menjadi PM dahulu. Mesti Tun tahu apa yg saya maksudkan tu.

3. Saya sama sekali tidak bersetuju jika Tun katakan UMNO/BN akan kalah pada PRU14 disebabkan isu-isu yang ada sekarang dan pertukaran pemimpin boleh menyelamatkan UMNO. Pertama, kerana Tun pernah menggunakan formula ini untuk menjatuhkan Pak Lah dahulu dan sekarang terbukti formula Tun tersebut tidak berkesan. Sebenarnya Tun, walau siapapun yang menjadi Perdana Menteri, saya pasti bahawa kerajaan tidak akan terlepas dari isu dan fitnah yang direkayasa oleh pembangkang. Sehinggalah mereka dapat menumbangkan UMNO dan meletakkan calon mereka sebagai Perdana Menteri. Saya rasa skandal dan isu semasa di zaman Tun lebih hebat berbanding sekarang, tetapi Tun bernasib baik kerana zaman Tun tak ada media sosial seperti sekarang.

4. Tun, sebenarnya Tun lah yang akan menjadi punca sebenar kekalahan UMNO dan Barisan Nasional. Tidakkah Tun sedar ketika kerajaan diserang dengan pelaksanaan dasar-dasar ekonomi yang baik namun kurang popular seperti perlaksanaan GST, Tun tidak membantu kerajaan malah mengambil peluang untuk mencurah minyak dalam api. Tun mengambil peluang kemarahan rakyat ini untuk menambah rencah dengan cerita-cerita 1MDB. Sedangkan kerajaan dan jentera UMNO/BN masih dalam fasa untuk memberi penerangan kepada rakyat. Jika Tun terus menyerang tanpa memberi peluang kepada jentera parti untuk bekerja, maka inilah punca kekalahan UMNO dan Barisan Nasional.

5. Tun menyuruh kami akar umbi UMNO menolak DS Najib sebagai Presiden, tetapi pemilihan UMNO bukan dalam masa terdekat ini. Jadi kenapa membuang masa untuk bermain politik dalaman ini. Lebih baik kami turun ke padang berjumpa rakyat untuk mendekati mereka. Apakah Tun sedar realiti ini? Bahawa kami ahli UMNO jika ingin menukar pemimpin pun harus menunggu pemilihan. Atau Tun pura-pura lupa dan sekadar seronok untuk menkucar-kacirkan keadaan. Mungkin Tun lupa selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri mcmmana la Tun boleh tewas di bahagian utk pemilihan ke kuala lumpur (G7) setelah menjadi mantan perdana menteri.

6. Tun, saya juga meminta Tun agar menghormati kami akar umbi UMNO ini yang terus mempertahankan parti dan kepimpinan sedia ada. Janganlah dilekehkan kami dengan tuduhan kononnyaa kami menerima habuan daripada PM atau menteri-menterinya. Apakah di mata Tun kami ini terlalu lemah dan tidak mampu berdikari untuk mencari sumber pendapatan sendiri? Ramai antara kami tidak pernah berjumpa PM atau menteri tetapi masih lagi mempunyai kerjaya yang baik dan perniagaan sendiri.

Akhir sekali dari saya, sudah lah Tun. Jika Tun tidak mahu membantu kami memenangkan parti, Tun duduk berdiam sudahlah. Jangan ditambah masalah kami dan janganlah dipecahkan perpaduan kami. Kalau Tun rasa nak kembalikan kami ke jalan yang benar , elok lah Tun bermula dari rumah perbetulkan lah anak sulung Tun tu dulu.

ANIS AZIZ
Mantan Exco PPUM

Sumber
Ada apa-apa nak komen?

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...