Difahamkan wartawan dari Malaysiakini dan The Malaysian Insider telah dihalau dari Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada awal pagi Sabtu.
Tindakan itu dibuat susulan laporan dua portal berkenaan berhubung penyata kewangan UMNO yang disiarkan pada Jumaat.
“Saya dimaklumkan tetapi kita minta mereka balik (membuat liputan semula). Apa yang mereka lakukan semalam adalah salah seorang (wartawan) mencuri dan mempersoalkan sesetengah perkara di dalam penyata itu,” katanya sewaktu ditemui pemberita di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Sabtu.
Sebilangan pemberita dari portal lain turut terkesan selepas diarah keluar dari Kafe Riverside yang terletak di PWTC.
Jelas Tengku Adnan atau lebih mesra dipanggil Ku Nan, wartawan tersebut seharusnya menyemak fakta dengan ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO terlebih dahulu sebelum membuat laporan berita.
“Sepatutnya semak dengan kita dahulu. Jangan tulis sebarangan. Masalahnya, mereka (wartawan) memutarbelitkan sesuatu. Jadi, kenapa kita harus benarkan mereka masuk?,” tegasnya.
Semakan FMT mendapati kedua-dua portal tersebut telah menarik balik laporan itu.
[ Sumber ]
Ada apa-apa nak komen?
No comments :
Post a Comment