Sunday, 13 December 2015

Kenapa Pandikar Marah Marah Pulak Ni?

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia menolak dakwaan bahawa parlimen hanya 'pak turut' kepada kerajaan.

Katanya, jika perkara itu berlaku, mustahil terdapat perdebatan hangat sehingga ke lewat pagi, katanya dalam wawancara dengan The Star.

“Dengan perbahasan hangat, ucapan yang tidak patut dilontarkan dalam parlimen, debat sampai jam empat pagi, kamu boleh kata parlimen rubbber stamp (pak turut)?

“Pada saya, rubber stamp maksudnya tiada perbahasan sama sekali,” katanya.

Terbaru, pembangkang menuduh parlimen menjadi penurut apabila rang undang-undang penting yang diperkenal di saat-saat akhir tanpa notis dan diluluskan selepas perbahasan beberapa jam.

Ini termasuk rang undang-undang Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dibentang dalam sidang sebelum ini yang diluluskan di Dewan Rakyat selepas enam jam perbahasan.

Rang undang-undang itu antara lain, memberi perdana menteri, sebagai pengerusi majlis MKN, kuasa mengisytiharkan mana-mana kawasan sebagai "zon keselamatan" dengan hanya kelulusan anggota majlis itu.

Undang-undang baru ini diperkenalkan ketika kedudukan Datuk Seri Najib Razak selaku perdana menteri terus dicabar pelbagai pihak.

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) berpandangan rang undang-undang itu bertentangan dengan perlembagaan yang menjamin hak asasi manusia.

[ Sumber ]
Ada apa-apa nak komen?

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...