Saturday, 5 December 2015

Malapetaka Berlaku Jika Tidak Sokong Najib .. Ini Contohnya


SHAH ALAM – Sudah menjadi kewajipan bagi seorang pejuang dalam dunia politik untuk bersedia bagi menghadapi cabaran dan apa jua halangan yang menimpa, kata bekas Ketua Wanita Umno Bahagian Gopeng, Datuk Hamidah Osman.

Bagaimanapun katanya, pemecatan beliau bukan sahaja berita yang mengejutkan malah ia adalah sesuatu yang tidak dapat diterima oleh individu yang benar-benar setia pada parti.

Meskipun tidak bersetuju dengan pemecatannya, Hamidah bagaimanapun akur serta menganggapnya ia adalah salah satu cabaran yang terpaksa ditempuh dalam perjalanannya.

“Sudah 33 tahun saya berkhidmat dalam parti dan sebelum ini saya memang seorang pejuang yang lantang bersuara. Dalam keadaan kita hari ini, kalau tidak kita (yang berjuang), siapa? Kalau tidak (berjuang) sekarang, bila?

“Jadi saya terpaksa meneruskan perjuangan ini walaupun seorang diri. Situasi sekarang menyebabkan kita tidak boleh lagi berdiam diri. Sesiapa sahaja yang sayangkan parti, agama dan negara akan bertindak hari ini.,” katanya menerusi sebuah wawancara khas bersama Sinar Online, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, katanya, Umno sudah tidak kuat seperti dahulu dan bakal menghadapi kehancuran sekiranya Datuk Seri Najib Tun Razak masih memegang jawatan sebagai Presiden Umno.

“Semua orang tahu apa yang saya perjuangkan. Saya memang mahu Najib letak jawatan dan ini perlu dilakukan demi kebaikan parti.

“Dengan masalah GST, kenaikan barangan secara mendadak, dengan tol dan tambang pengangkutan naik, rakyat sudah menyampah dan meluat dengan Umno,” katanya lagi.

Sumber
Ada apa-apa nak komen?

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...