Saturday 12 December 2015

Patutlah Najib Tersenyum Apabila Harga ERL Naik

KUALA LUMPUR: Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak menyalahkan pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai penyebab berlaku kenaikan tambang Express Rail Link Sdn Bhd (ERL).

Berucap pada penggulungan Perhimpunan Agung UMNO 2015 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Najib memberitahu perwakilan Umno bahawa perjanjian itu sebenarnya ditandatangani pada 1997 di bawah pentadbiran Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Malah, Najib berkata beliau cuba menghalang kenaikan tambang ERL selama 14 tahun.

“Perjanjian ini tandatangan 1997 lagi. Bukan setahun dua ini, perjanjian konsesi jangka panjang.

“Dalam perjanjian di mana syarikat YTL menguasai perjanjian yang saya sifatkan berat sebelah, harga berdasarkan ‘projectual traffic’, harga bergantung pada ‘projectual traffic’, 5 tahun naik, 5 tahun naik.

“Saya jadi Perdana Menteri, saya kata jangan naik…14 tahun tak naik, tapi pampasannya berapa? RM2.9 bilion,” katanya.

Bagaimanapun Najib berkata beliau menerima masalah legasi yang wujud sejak zaman Tun Mahathir Mohamed kerana sayangkan rakyat.

Mengulas lanjut, beliau turut mengumumkan beberapa langkah diambil dengan memberi diskaun terhadap perkhidmatan ERL.

“Pelajar yang guna kad Siswa 1 Malaysia akan dapat diskaun 30 peratus untuk perkhidmatan ERL transit termasuk OKU dan warga emas.

“Bagi pengguna awam di Putrajaya, ERL bersetuju kurangkan pas bulanan, semalam saya arahkan KTMB umumkan kadar tiket komuter yang berumur 7 hingga 18 thn dikurangkan sebanyak 50 peratus termasuk pelajar universiti dengan menunjuk kad pelajar sahaja,”katanya.

[ Sumber ]

Catatan HS : Terdahulu, Najib sering menggunakan kejayaan UMNO untuk angkat diri.
Ada apa-apa nak komen?

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...