Penganalisis politik Wan Saiful Wan Jan percaya Perdana Menteri Datuk
Najib Razak mempunyai sesuatu yang hendak disembunyikan apabila beliau
menyerahkan tanggungjawab membuat penjelasan berhubung ‘derma’ RM2.6
bilion di Dewan Rakyat, semalam kepada timbalannya.
"(Ini) memberi gambaran bahawa Najib benar-benar mahu menyembunyikan sesuatu," katanya kepada Malaysiakini.
Beliau
berkata, dirinya yakin peguam negara memberi nasihat yang betul kepada
Najib untuk tidak bercakap mengenai isu berkenaan bagi mengelakkan
perkara subjudis, namun ketepatan nasihat itu adalah persepsi awam.
Katanya, masyarakat belum mempercayai sepenuhnya AG baru itu lagi.
"Rakyat
tidak lupa bahawa bekas peguam negara disingkir pada hari yang sama
pengkritik Najib di kabinet dipecat dan peguam negara sekarang masih
kurang dipercayai," kata Wan Saiful.
Oleh itu, katanya, tidak
tampil memberi penjelasan derma RM2.6 bilion yang disalurkan ke akaun
bank peribadinya, semalam menyaksikan Najib terlepas "peluang keemasan".
"Dengan
tidak hadir di Parlimen untuk berdepan dengan pengkrritiknya secara
peribadi, Najib gagal untuk mengubah persepsi orang ramai berhubung isu
itu," katanya.
Seorang lagi penganalisis, Wong Chin Huat memberitahu Malaysiakini bahawa apa yang berlaku semalam menunjukkan bahawa Najib tidak mengambil berat berhubung persepsi orang ramai lagi.
"Dengan
ahli parlimen kelab penyokong BN begitu jinak dan pemberontakan sesuatu
yang mustahil dan beliau boleh meluluskan apa-apa sahaja di Parlimen,
mengapa beliau perlu peduli dengan persepsi orang ramai?" soalnya.
Ditanya
sama ada sikap tidak peduli Najib terhadap persepsi orang ramai adalah
kerana pilihan raya umum akan datang masih jauh lagi, Wong berkata, ia
tidak semestinya begitu.
Sebaliknya, beliau berkata, ia adalah
kerana Najib masih boleh berharap untuk memenangi pilihan raya selagi
pembangkang gagal bersatu untuk meraih undi dalam jumlah yang besar.
"Jika
pembangkang boleh menang 60 peratus, maka BN dan Umno mungkinakan
tinggal dengan 30 hingga 40 peratus daripada kerusi dan lebih banyak
pemberontakan akan berlaku.
"Tetapi kemungkin itu berlaku adalah bergantung kepada kegusaran orang Melayu?" katanya.
Sumber
No comments :
Post a Comment