RUU yang dibentangkan hanya dalam tempoh 2 hari itu memberikan kuasa
kepada anggota MKN yang diketuai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak
untuk mengarahkan penahanan mana-mana individu tanpa waran apabila
sesuatu kawasan diisytiharkan sebagai kawasan keselamatan.
Ketika perbahasan di peringkat jawatankuasa, Ahli Parlimen Padang Serai
(PKR) N. Surendran berkata, RUU itu didraf dengan sangat lemah dan
menggesa ianya ditarik balik.
Sementara itu, Ahli Parlimen Bandar Kuching (DAP) Chong Chieng Jen
menggesa agar ahli Parlimen Sarawak mempertahankan hak negeri itu, dan
berkata kerajaan Pusat berupaya mengatasi kuasa kerajaan negeri dengan
RUU berkenaan.
"Jangan kita izinkan hak Sarawak dihakis.
"Dengan nasihat ketua menteri Sarawak, jangan kita tidur lagi," katanya.
Sebelum itu, RUU berkenaan diluluskan di peringkat dasar Parlimen,
dengan majoriti ahli Dewan Rakyat menyokong usul yang dibawa Putrajaya
itu.
Seramai 107 ahli Parlimen menyokong, manakala 74 ahli Parlimen menolak
RUU itu diluluskan ketika sesi pengundian belah bahagi dilakukan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim
ketika menggulung perbahasan RUU itu diperingkat dasar berkata,
undang-undang itu bukan bertujuan untuk mengisytiharkan sesuatu kawasan
itu sebagai kawasan darurat, sebaliknya hanyalah sebagai kawasan
keselamatan.
"RUU ini memberi kuasa-kuasa kepada MKN untuk menubuhkannya secara rasmi. Nak pastikan supaya dapat menyelaraskan maklumat.
"Agensi pasukan keselamatan dalam kawasan keselamatan mempunyai kuasa
yang sama, Yang Berhormat faham ke maksud saya. Bila kita isytiharkan
itu kawasan keselamatan itu peraturan.
"Ini keselamatan bukan darurat, darurat lain. Kalau hendak isytihar
perintah berkurung, bukan darurat. Tetapi kita tiap-tiap hari kita umum
di Esszone,
itu kita guna kuasa polis," kata Shahidan, merujuk kepada kawasan
keselamatan yang ditubuhkan di Timur Sabah susulan pencerobohan
pengganas Kesultanan Sulu.
Shahidan juga turut menegaskan, Putrajaya sudah mengadakan perbincangan
dengan pihak Jabatan Peguam Negara sebelum membentangkan RUU berkenaan.
"RUU ini tidak bercanggah dengan Perlembagaan. Ianya dirujuk kepada
peguam negara, dan beliau beritahu ia tidak bercangah Perlembagaan,"
katanya, yang juga ahli Parlimen Arau.
No comments :
Post a Comment