Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan sudah menghantar pegawainya ke Timur Tengah baru-baru ini untuk menemui penderma RM2.6 bilion yang masuk ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, lapor portal BH Online.
Menurut portal milik akhbar Berita Harian itu, Pengarah Bahagian Siasatan SPRM Datuk Azam Baki bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung pemergian pegawai mereka kerana siasatan lanjut masih dijalankan.
"Memang kita ke Asia Barat baru-baru ini untuk menemui individu yang dikaitkan dengan dana RM2.6 bilion berkenaan.
"Sejauh mana pertemuan itu kita tidak boleh dedahkan," katanya di Kota Baru, Kelantan, seperti dilaporkan BH Online. – 7 Disember, 2015.
[Sumber]
No comments :
Post a Comment