Tuesday 8 December 2015

Rahsia Siti Nordiana Terbongkar!

Finalis Gegar Vaganza 2 (GV2) Siti Nordiana memberitahu, sebelum beraksi dan menyanyi di konsert mingguan, dia akan ‘warm up’ suaranya dengan menyanyikan lagu lain sebelum menumpukan perhatian dengan lagu yang bertanding.

Itu antara tips yang Nana selalu amalkan agar suara dan vokalnya tidak alami masalah mahupun jatuh sakit di saat-saat akhir.

“Saya juga elakkan makan makanan yang berlemak seperti santan terutama menjelang sehari konsert mingguan berlangsung.

“Untuk kekalkan stamina, saya juga pergi kelas zumba agar kekal bertenaga untuk menjaga kesihatan tubuh badan.

“Berkenaan dengan vokal pula, saya baru sahaja belajar kelas vokal dengan Cikgu Shafi, Erni Zakri dan juga Datuk Ramli MS.

“Dulu masa mula-mula nyanyi ketika usia belasan tahun, saya tak pergi pun belajar vokal. Nyanyi ikut cara sendiri, selepas pergi ke kelas vokal, barulah saya tahu sikit-sikit teknik vokal yang sesuai untuk menyanyikan sesebuah lagu,” kata Nana kepada portal Murai.com.my.

Menyentuh mengenai dirinya kini telah berjaya memasuki ke peringkat akhir, Nana akui agak tertekan dan gentar untuk bersaing dengan peserta yang lain.

“Tak sangka boleh sampai ke peringkat akhir, ditambah lagi dengan bilangan penyokong dan peminat yang semakin ramai.

“Ini semua adalah rezeki dan saya amat bersyukur sekali. Untuk lagu Putus Terpaksa ia adalah sebuah lagu yang agak susah untuk dinyanyikan berbanding dengan lagu Mengapa.

“Apa-apa pun, saya kena kuat dan buat yang terbaik buat semua penonton setia GV2. Doa yang baik-baik untuk saya ya!” seloroh Nana akhiri kata-katanya.

Oleh Mohd Ishahrulddin Tahir
Artikel Ini Disiarkan Pada Isnin, 7 Dis 2015

[ Sumber ]