Tuesday 15 December 2015

Setengah Juta Pelajar Boleh Jatuhkan Najib Bila-Bila Masa

KUALA LUMPUR: Pergerakan Tenaga Akademik Malaysia (GERAK) memberi amaran kepada kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak tentang kebangkitan tenaga akademik susulan tindakan ke atas Dr Azmi Sharom yang didakwa mengikut Akta Hasutan 1948.

Pengerusi GERAK, Prof Wan Wanan Wan Muda berkata, mereka tidak berpuas hati dengan tindakan terhadap Azmi yang dianggap sebagai penindasan kepada tenaga akademik dan pelajar di pusat pengajian tinggi.

Ini adalah masa untuk kami bertindak. Terdapat lebih setengah juta pelajar di seluruh negara dan jika kita bersatu, kita boleh mengubah negara ini. Jadi bersedialah,” katanya ketika hadir memberi sokongan kepada Azmi di Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta pada Selasa.

Wan Manan, pensyarah di Universiti Sains Malaysia (USM) cawangan Kubang Kerian berkata, kes Azmi itu telah menyatukan semua tenaga akademik yang tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan menggunakan akta itu untuk mendiamkan pengkritik dan Azmi menjadi salah seorang mangsa.

“Mula-mula anda berjuang dalam universiti, kemudian anda berjuang di dalam negara dan ini adalah sebab yang mudah untuk kita menjadikan masa depan lebih baik untuk graduan muda,” katanya.

Azmi didakwa pada 2 September tahun lalu kerana didakwa menghasut menerusi artikel bertajuk “Take Perak crisis route for speedy end to Selangor impasse, Pakatan told.”

[ Sumber ]
Ada apa-apa nak komen?

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...