Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan itu berpendapat parti itu menjadi bahan tawa satu dunia kerana buat kali pertama dalam sejarah kepimpinan, seorang Timbalan Presiden UMNO tidak dibenarkan merasmikan perhimpunan sayap-sayap parti dan tidak diberikan hak membuat ucapan penggulungan pada sesi penutup Perhimpunan Agung UMNO.
“Apakah kehadiran Timbalan Presiden UMNO hanya sekadar ‘pak pacak’ dan ‘tunggul’ saja sepertimana yang diperkatakan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Sampai bila kepimpinan hari ini nak perbodohkan keseluruhan ahli-ahli umno? Apakah ahli-ahli UMNO akar umbi nak peluk tubuh melihat gelagat kepimpinan bangang ini yang sedang membuatkan UMNO semakin tidak popular? Puak-puak ahli majlis tertinggi UMNO kini adalah kaki bodek minda lemah otak udang,” katanya menerusi status di Facebook miliknya.
Dalam pada itu, beliau turut menyarankan keseluruhan ahli-ahli UMNO supaya menentang larangan berucap sekeras-kerasnya kerana ia tidak adil kepada Timbalan Presiden parti itu.
“Parti UMNO semakin ‘gila babi’. Ini petanda jelas kalangan kaki bodek minda lemah otak udang yang menduduki kerusi-kerusi Majlis Tertinggi adalah di antara yang sedang merosakkan parti ini.
“Kita tidak seharusnya takut pada golongan bangang ini. Semua keputusan bodoh mereka mesti ditentang. Ini penting untuk selamatkan masa depan parti umno yang kita sayangi.
“Namun, saya senantiasa berdoa agar keseluruhan ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO yang dapat diibaratkan seperti ‘lembu dicucuk hidung’ disepak keluar mengikut saluran perlembagaan umno kerana mereka ini tidak layak untuk memimpin,” katanya.
Menurutnya, setiap ahli-ahli UMNO di peringkat akar umbi agar tidak memberikan satu undi kepada mereka pada musim pemilihan akan datang sekiranya mahu UMNO terus relevan di hati rakyat.
Sumber
Ada apa-apa nak komen?
No comments :
Post a Comment