Wednesday 6 January 2016

Adakah Parti Amanah Akan Dibubarkan? Mari Baca Sebab

PETALING JAYA: PAS memutuskan bahawa parti Islam itu tidak akan menyertai gabungan Barisan Nasonal (BN).

Setiausaha Majlis Syura Ulama, Datuk Dr Nik Zawawi Salleh berkata, keputusan itu dibuat Majlis Syura Ulama PAS yang bersidang Sabtu lalu.

Katanya, PAS juga terbuka bekerjasama dengan mana-mana pihak melibatkan soal agama Islam.

“Majlis Syura Ulama PAS yang bersidang pada 21 Rabiul Awwal 1437H bersamaan 2 Januari 2016M telah bersetuju untuk meneruskan agenda kerjasama dengan mana-mana pihak dalam perkara kebaikan dan ketaqwaan demi untuk memperkukuhkan Islam dan perjuangannya.

“Majlis Syura Ulama juga menegaskan bahawa PAS tidak akan menyertai Barisan Nasional,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Keputusan itu menamatkan spekulasi bahawa PAS dan UMNO akan membentuk gabungan parti politik sebelum ini.

Mengikut kaji selidik Institut Darul Ehsan (IDE) November lalu, lebih 45 peratus responden di Selangor tidak bersetuju dengan kerjasama antara PAS dengan UMNO.

Timbalan Pengerusinya, Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman berkata dengan keputusan tersebut menunjukkan kerjasama itu tidak akan memberi sebarang manfaat kepada nasib orang Melayu di negara ini.


[ Sumber ]

Catatan : Mat Sabu sepatutnya sabaq sat ..
Ada apa-apa nak komen?

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...