Sunday, 6 December 2015

Adakah Najib Akan Istihar Darurat Tidak Lama Lagi?

SENAWANG : Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 3 Disember lalu menyebabkan kuasa milik Yang di-Pertuan Agong dipindahkan kepada Perdana Menteri.

Bekas Perdana Menteri itu berkata dengan adanya kuasa tersebut itu juga, ia membolehkan Perdana Menteri mengistiharkan kononnya berlakunya darurat dan terdapat ancaman keselamatan.

“Dulu cuma nak sebut ini darurat, cuma Agong sahaja boleh sebut. Sekarang ini Agong punya kuasa itu dia pindah kepada diri dia. Dia ambil kuasa Agong. Dia boleh isytihar darurat kononnya ancaman keselamatan.

“Siapa-siapa yang dianggap bertindak mensabotaj negara, boleh ditangkap. Tapi dia lupa satu, kalau kalah Pilihanraya ke-14 ini, yang jadi kerajaan ialah parti lawan, dia tangkap habis semua,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Bicara Santai Bersama Mahathir Mohamad di sini pada Sabtu anjuran Anak Muda Negeri Sembilan.

Dalam ucapannya juga, Dr Mahathir turut menyelar pihak yang mengetahui kesalahan dilakukan Perdana Menteri tetapi masih mempertahankannya.

“Esok parti lawan ini memerintah, diorang masuk penjara. Dia tahu Najib buat jenayah tapi dia sokong. Dia sembunyi fakta-fakta, bukti.

“Hari ini Najib perintah tak jadi apa, esok diorang ini (pembangkang) perintah, diorang masuk penjara. Orang yang sokong Najib hari ini bila dia kalah..dia terimalah padahnya,” jelasnya.

Sumber
Ada apa-apa nak komen?

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...