Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan semua negeri termasuk Johor
mempunyai hak untuk menarik diri dari Malaysia jika mana-mana terma
dalam perjanjian antara Johor dan Persekutuan Tanah Melayu tidak
dipatuhi.
Dalam satu temu bual dalam laman web sukan FourthOfficial.com, Tengku Mahkota Johor itu berkata kenyataannya mungkin akan disifatkan menghasut namun beliau lebih bimbang dan mengutamakan rakyat negeri itu.
"Malaysia sangat penting kepada saya, tetapi Johor dan JDT keutamaan saya," katanya. Tengku Mahkota Johor berkata,
rakyat mempunyai hak untuk tahu keadaan huru-hara yang berlaku di
Malaysia hari ini tidak mempunyai kaitan dengan Istana Johor.
"Bertahun kita hidup aman dan bebas.
"Malah, kami hanya menyertai Persekutuan Tanah Melayu, apabila kedua-dua pihak bersetuju dengan beberapa syarat-syarat asas.
"Dan jika mana-mana terma itu dilanggar, kita ada hak untuk menarik diri daripada negara ini.
"Anda boleh menuduh saya menghasut sentimen kenegerian, tapi saya hanya
menjalankan tugas saya kepada rakyat Johor, dan mengingatkan mereka
tentang sejarah dan warisan tanah yang besar ini. "
Jun lalu, adindanya Tunku Idris Sultan Ibrahim mencetuskan kontroversi
apabila memuat naik tulisan berkaitan perjanjian bersama dengan
Persekutuan Tanah Melayu.
Dalam status di Instagram yang sudah dipadam antaranya menyebut Johor
bersetuju menandatangani perjanjian 1946 itu dengan mengenakan beberapa
syarat.
Perjanjian itu termasuk Islam menjadi agama negeri, air dan tanah negeri
menjadi hak mutlak Johor serta askar timbalan setia tidak boleh
dibubarkan.
Tunku Idris juga tidak terkecuali mengkritik Putrajaya selain bapanya
Sultan Johor yang menggesa kerajaan menyelesaikan masalah ekonomi negara
dan penyusutan nilai ringgit.
Beberapa bulan lalu, Tengku Mahkota Johor turut
dibidas dengan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri
Abdul Aziz ekoran mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak
kerana tidak muncul dalam program Nothing2Hide.
Beliau juga pernah menegur Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Mohd Puad
Zarkashi kerana mengatakan hubungan antara perdana menteri dan Istana
Johor baik.
Tengku Mahkota Johor berkata Puad tidak seharusnya membuat kenyataan jika tidak mengetahui keadaan sebenar.
Dalam wawancara bersama FourthOfficial.com, Tengku Mahkota Johor berbicara mengenai sukan bola sepak, JDT dan perancangan dalam industri itu.
Ada apa-apa nak komen?
No comments :
Post a Comment