Saturday 19 December 2015

Bukti Najib Semakin Tertekan, Penyokong Mula Salahkan Proton

PETALING JAYA: Sebuah blog pro UMNO melaporkan kesilapan terbesar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ialah bersetuju dengan permintaan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menjual Proton kepada Syed Mokhtar al-Bukhari.

MyKMU.net berkata demikian dalam satu artikel yang turut mengetengah sebuah surat terbuka di laman web Malaysia Today mengenai kekesalan seorang pembekal dan vendor Proton terhadap kegagalan syarikat kereta nasional itu mambayar dan menunaikan janji.

Menurut blog tersebut, usaha melindungi Proton telah menyebabkan Malaysia hilang kemampuan bersaing dengan industri automotif Asean lain yang dikuasai oleh Thailand dan mungkin Indonesia.
“Mohd Najib sepatutnya membenarkan idea Proton diambil alih oleh syarikat kereta yang sudah terkenal dengan syarat mengekalkan vendor dan pekerja proton sedia ada. Jika ini dilakukan, sungguhpun kita menutup jenama Proton namun kita memastikan industri automotif negara kekal berkembang dan industri-industri hiliran Proton kekal ada perniagaan.

“Malangnya, Mohd Najib tiada keberanian politik menolak cadangan Tun Mahathir kerana tidak mahu dituduh sebagai perosak jenama Proton.

“Sudah tentu penjualan ini menguntungkan Syed Mokhtar berdasarkan aset hartanah, teknologi dan rangkaian perniagaan sedia ada,” petik kata blog itu.

Blog itu juga membandingkan skandal di antara Proton dan syarikat pelaburan nasional, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), menyatakan aspek niaga menunjukkan skandal Proton lebih buruk daripada 1MDB.

“Kegagalan 1MDB mungkin hanya akan merugikan kerajaan beberapa bilion. Kerajaan lebih banyak rugi dalam isu Proton, Perwaja, Forex dan MAS berbanding 1MDB.

“Namun isu lebih besar ialah kegagalan Proton sekiranya tidak diuruskan dengan baik akan mengakibatkan puluhan ribu pekerjaan hilang dan lenyap begitu sahaja.

“Kesalahan dan kesilapan terbesar Mohd Najib ialah bersetuju dengan permintaan Tun Mahathir agar Proton dijual kepada Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhari,” tulisnya lagi.

[ Sumber ]


Catatan HS : Zaman Mahathir mungkin lagi berbillion kena sakau, tapi zaman tu tak ada GST. Harga barang ok, kos hidup ok. Zaman Najib, belum apa-apa dah kena bayar RM19 setiap hari.

Ada apa-apa nak komen?

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...