Sunday, 20 December 2015

Benar Kata Mahathir, BN Akan Kalah Nanti ... Sebab Itulah Kalut Nak Cadangkan Ini Pula

KUALA LUMPUR: Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Tan Sri Abdul Rashid Rahman menyarankan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengunapakai kaedah pendaftaran secara automatik bagi rakyat yang berusia 21 tahun dan ke atas, demi meningkatkan jumlah pengundi Bumiputera.

Beliau berkata langkah itu akan membantu mengimbangi undi bukan Bumiputera, terutamanya di kawasan bandar di mana ramai orang Melayu dan penganut agama Islam masih belum mendaftar sebagai pengundi.

Abdul Rashid yang juga bekas Pengerusi SPR mengambil contoh jumlah pengundi Bumiputera yang kecil berbanding jumlah pengundi kaum Cina di Kuala Lumpur meskipun membentuk jumlah penduduk majoriti.

“Di Kuala Lumpur, pengundi orang Melayu dan Bumiputera sepatutnya 44 peratus berbanding dengan 43 peratus pengundi Cina.

“Namun, hanya 36 peratus daripada pengundi di sana berbangsa Melayu,” katanya ketika merasmikan Persidangan Wiranita Perkasa Malaysia bersempena Persidangan Agung Perkasa Malaysia 2015, pada Sabtu di ibu negara.

Abdul Rahman berkata, peningkatan pengundi Melayu dan Bumiputera berupaya menjaga hak dan keistimewaan golongan itu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan.

Tambahnya, perangkaan semasa menunjukkan kira-kira tiga juta pengundi Melayu Bumiputera ‘hilang’ daripada senarai pengundi kerana mereka masih belum mendaftar.

“Mengikut anggaran, pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) nanti, pengundi Melayu akan meliputi 71 peratus daripada jumlah pengundi sekaligus mendominasi pilihan raya.

“Pada pilihan raya lalu, kita kekurangan tiga juta pengundi yang layak tetapi tidak mendaftar dan daripada angka itu, 2.4 juta adalah Melayu yang mempunyai peluang untuk mengundi pada pilihanraya kali ini.

“Peningkatan populasi pada tahun ini, kira-kira 1.6 juta pengundi Melayu akan menjadikan kita mempunyai 3 juta Melayu secara keseluruhan bagi pilihan raya akan datang,” jelasnya.
Beberapa tahun dahulu, pemantau pilihan raya, Bersih 2.0 pernah mencadangkan pendaftaran pengundi secara automatik tetapi ditolak pemerintah.

Abdul Rahman bagaimanapun yakin Perkasa dapat memujuk SPR untuk melakukannya pada kali ini.

Beliau juga akui SPR bekerja keras untuk memastikan pengundi terutamanya orang Melayu mendaftar tetapi mungkin kaedah yang digunakan harus dikaji semula.

“Kaedah ini (pendaftaran automatik) diperlukan dalam situasi semasa memandangkan kaedah pujukan lembut tidak berjaya.

“Ia adalah mudah, mereka (SPR) hanya perlu meminda beberapa peraturan dan bekerjasama dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). (Lagipun) Mereka sudah sedia mempunyai senarai para pengundi,” katanya.


[ Sumber ]
Ada apa-apa nak komen?

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...