Monday 7 December 2015

Gabenor Aden Di Yaman Maut Serangan Bom Kereta

ADEN: Gabenor Aden maut dalam serangan bom kereta pada Ahad dan kumpulan militan Negara Islam (IS) mendakwa menyebabkan insiden itu yang berlaku di bandar di Yaman.

Seorang pegawai dan beberapa penduduk tempatan berkata, sekurang-kurangnya enam orang yang menyertai rombongan gabenor Aden, Jeneral Jaafar Mohammed Saad turut maut dalam serangan itu.

Beberapa mangsa turut dilaporkan cedera.

Serangan tersebut dikatakan menjadikan gabenor sebagai sasaran.

IS dalam satu kenyataan berkata, ia telah meletupkan sebuah kereta yang dipenuhi bahan letupan dengan menyasarkan konvoi Saad di daerah Tawahi di Aden.

Ia juga berjanji akan melakukan lebih banyak operasi serangan.

Terdahulu, seorang pegawai dan beberapa penduduk tempatan berkata, seorang pengebom berani mati memandu kenderaannya dan merempuh kereta yang dinaiki gabenor Aden. - Reuters

[ Sumber ]
Ada apa-apa nak komen?

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...