Gambar yang dirakam oleh jurugambar Turki, Nilufer Demir itu dianggap berjaya menggambarkan kedahsyatan krisis pelarian Syria “dalam cara yang tidak dapat dilakukan dalam bentuk liputan lain”.
Anak kecil tersebut ditemui terdampar sebuah pulau di negara Turki, September lalu selepas bot yang dinaiki bersama keluarganya untuk melarikan diri ke Greece karam.
CJR dalam laporan di portalnya menyanjung impak besar yang ditimbulkan oleh rakaman gambar tersebut di media sosial dan juga dalam perdebatan yang tercetus di peringkat antarabangsa.
Gambar itu dianggap setanding dengan satu foto tahun 1970 yang memenangi Hadiah Pulitzer, menunjukkan kanak-kanak Vietnam melecur akibat serangan gas napalm tentera Amerika Syarikat.
Gambar Aylan Kurdi yang memilukan itu juga dianggap setanding dengan satu lagi gambar, tahun 1993, menunjukkan seekor burung hering menghendap seorang kanak-kanak.
CJR menganggap gambar Aylan Kurdi itu menggambarkan kesengsaraan besar yang dialami akibat perang yang tercetus.
“Tiada bentuk (media) lain yang dapat menggambarkan tragedi manusia dengan begitu memilukan,” lapor majalah itu.
Gambar Aylan Kurdi yang tersembam di gigi air itu dirakam oleh wartawan foto Turki, Nilüfer Demir.
Dalam saat genting sebelum bot pelarian itu karam, bapa allahyarham, Abdullah Kurdi dilaporkan cuba menyelamatkan Aylan, ibu dan abangnya, tetapi tidak berjaya.
Keluarga itu sebelumnya meredah laluan getir dari Halab di Syria merentasi Turki ke Eropah untuk menyertai seorang saudara Abdullah di Vancouver, Kanada.
Sehingga September lalu, lebih 250,000 warga Syria maut dalam konflik bersenjata yang berlanjutan sejak lebih empat tahun lalu.
Perang yang bermula dengan demonstrasi antikerajaan itu kini menyebabkan lebih 11 juta orang warganya menjadi pelarian.
[ Sumber ]
Catatan HS : Kisah Aryan Kurdi
Ada apa-apa nak komen?
No comments :
Post a Comment