Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, adakah kegagalan menjual tanah itu merupakan bukti bahawa sebenarnya tanah TRX tidak mempunyai pembeli?
Katanya, TH sebelum ini memaklumkan sedang mempertimbangkan tiga pembeli berpotensi yang berminat untuk membeli tanah TRX pada awal Mei 2015 malah TH juga menyatakan bahawa rundingan jual tanah TRX mengambil masa dua minggu,
“Kerajaan yang diwakili pemimpin utamanya, Presiden UMNO perlu memberi perincian adakah keputusan ini bakal mempengaruhi peratusan dividen yang dinikmati oleh penyimpan TH, terutamanya sekiranya TH gagal menjual tanah tersebut dengan harga pasaran?
“Apakah jaminan dan mekanisme TH memastikan pendeposit akan mendapat kesan yang positif dari penjualan semula tanah tersebut?,” katanya dalam kenyataan media.
Nurul Izzah berkata, TH memberitahu akan membuat untung sebanyak RM5 juta jika tanah ini dijual tetapi bagaimana pula dengan kos pelaburan, kos pengurusan, kos kontrak perjanjian jual beli yang mungkin boleh melangkau sehingga melebihi RM5 juta.
“Lebih bermanfaat sekiranya 1MDB dan TH membatalkan transaksi jual beli tanah ini bagi mengembalikan semula wang tersebut kepada TH dalam usaha menambah baik perkhidmatan ibadah haji dan mengurangkan beban jemaah haji secara langsung.
“Kedua, kerajaan tidak patut dimaafkan apabila membiarkan 1MDB membuat keuntungan besar seperti ini dengan memberi risiko serta tambahan kos kepada pencarum TH.
“Jangan cemari nama baik TH dengan mainan politik parti. Kembalikan kepercayaan rakyat kepada institusi ibadah kita dengan meletakkan keutamaan kepada kredibiliti TH dan keperluan pendeposit; bukannya talian hayat dan penerus dana bagi entiti kesayangan Perdana Menteri (1MDB),” katanya.
Nurul Izzah berkata, menerusi jawapan Parlimen, 1MDB mendapat keuntungan besa kerana pembelian tanah TRX sebanyak RM 2,773 per kaki (RM188.5 juta) daripada kerajaan dengan harga hanya sebanyak RM 64 per kaki pada 2011 iaitu kira-kira RM4 juta.
“Adakah pendeposit Tabung Haji merelakan RM184 juta keuntungan kepada 1MDB; ataupun 47 kali ganda? Apa istimewanya 1MDB dibandingkan dengan TH?,” soalnya.
Katanya, ia mengukuh persepsi bahawa dana pendeposit telah dikorbankan semata-mata demi kepentingan sebuah syarikat ‘kontroversi’ dan bermasalah; dengan Badan Penasihat yang dipengerusikan Perdana Menteri!
“Ternyata, transaksi yang melibatkan TH merupakan pendekatan yang paling pantas untuk 1MDB mendapat keuntungan berlipat kali ganda mengikut ‘pintu belakang’; menggunakan dana awam dan agensi kerajaan tanpa memikirkan kesannya kepada imej TH dan wang pendeposit,” katanya.
[ Sumber ]
Ada apa-apa nak komen?
No comments :
Post a Comment