Monday, 14 December 2015

Menteri Sama Menteri Gaduh, BN Semakin Goyang?

PETALING JAYA: Exco Pemuda UMNO mendedahkan punca perselisihan faham antara Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar.

Menerusi satu rakaman video yang dimuatnaik di Facebooknya, Nazir Hussin Akhtar Hussin menjelaskan, Ismail Sabri bertanyakan isu kenaikan tambang pengangkutan awam kepada Syed Hamid.

Katanya, Ismail Sabri juga bertanyakan kepada Syed Hamid jika SPAD boleh mengkaji semula kenaikan tambang itu.

“Tan Sri perlu bersifat terbuka. Tidaklah hanya bertanya soalan itu menjadi menteri bongkak, kurang ajar. Tan Sri wajar jawab (soalan Ismail Sabri).

“Tidak wajar hanya bertanya isu rakyat beliau (Ismail Sabri) dikecam begitu rupa. Jadi Tan Sri, betulkan keadaan ini,” katanya.

Kontroversi antara Syed Hamid dan Ismail Sabri tercetus ketika kedua-duanya bertemu di Perhimpunan Agung UMNO di PWTC.

Syed Hamid telah memuatnaik status di Facebook mendakwa seorang menteri sombong dan angkuh.

Tanpa menyebut nama, Syed Hamid berkata sikap menteri berkenaan memalukan kerajaan.

Nazir Hussin sebelum ini menerusi status di Facebook mempertahankan Ismail Sabri dan mendakwa Syed Hamid yang sebenarnya sombong dan bongkak.

[ Sumber ]
Ada apa-apa nak komen?

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...