Saturday, 12 December 2015

Najib Takut Orang Kampung Tahu Cerita Sebenar?

KUALA LUMPUR: Pada Jumaat, siaran sesi perbahasan para perwakilan di Perhimpunan Agung Umno tertunda sejak pagi, dan menyebabkan pemantau dari datang dari segenap negara terpaksa menonton versi tertunda.

Perkembangan itu menguja rasa tidak puas hati di kalangan ahli yang tidak dibenarkan masuk ke Dewan Merdeka di Pusat Dagangan Dunia Putra.

Perwakilan Pengkalan Chepa, Rohama Mohamed berpendapat krisis kepimpinan parti punca siaran tertunda itu.

Pada Julai lalu, Timbalan Presiden Muhyiddin Yassin disingkiarkan dari Jemaah Menteri susulan kritikan beliau terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Najib menduduki jawatan sebagai ketua penasihat di syarikat itu.

Muhyiddin menyarankan Najib supaya berehat sementara siasatan keatas 1MDB dan kontroversi derma RM2.6 bilion sedang berjalan, bagi mengelakkan persespi campurtangan.

“Saya fikir mereka tidak sepatutnya berbuat begitu (menyiarkan perbahasan tertunda) kerana sebelum ini mereka tidak pernah menapis perbahasan. Tetapi bila krisis kepimpinan berlaku, mereka rasa perlu menapis sesi perbahasan,” kata Rohana ketika ditemui FMT di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Jumaat.

Turut berkongsi pendapat yang sama, Marie Suriani Abdullah dari Rantau Panjang. Beliau berkata penapisan siaran perbahasan perwakilan tidak sepatutnya berlaku kerana ahli-ahli Umno dari jauh datang semata-mata untuk menyertai perhimpunan ini.

“Tak sepatutnya ada tapisan sebab perwakilan yang akan berbahas tidak akan bercakap sesuatu yang melanggar perlembagaan parti” kata Marie.

Namun begitu, Marie berkata keputusan pemerintah menunda penyiaran perbahasan ada manfaatnya.

“Kita tidak mahu ahli berasa tertekan dengan krisis kepimpinan dalaman. Ada bagusnya pemerintah menunda siaran supaya ahli tidak rasa tertekan. Biarkan sahaja perwakilan dan kepimpinan tertinggi selesaikan masalah,” tambahnya.

Perhimpunan Agung UMNO 2015 yang bermula pada Selasa sarat dengan drama krisis Najib-Muhyiddin.

Najib dalam ucaptama pada Khamis mengingatkan Muhyiddin supaya ketahui tempatnya sebagai timbalan presiden, manakala Muhyiddin dalam satu kenyataan berkata Islam menuntut penganut supaya mematuhi pemimpin yang taat kepada titah perintah Allah, amanah, jujur, berintegriti dan bersih, serta menjauhi perkara-perkara mungkar.

[ Sumber ]
Ada apa-apa nak komen?

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...