Beliau berkata, walaupun kenaikan agak banyak akan dikenakan mulai
Januari akan datang, ia juga turut menawarkan pakej perjalanan yang
lebih murah sehingga 40% kepada pengguna perkhidmatan itu.
"Saya difahamkan, selama 14 tahun tidak dinaikkan
tambang, maka syarikat tanggung kerugian. Ini rasionalisasi daripada
ERL," katanya yang juga ahli Parlimen Seri Gading kepada pemberita di
lobi Parlimen hari ini.
Bagaimanapun, beliau berkata, pengguna digalak mendapatkan maklumat lebih lanjut daripada ERL supaya mereka boleh menikmati pakej tambang yang sangat murah, termasuk dengan menggunakan kad perjalanan.
"Ada 3 pakej (yang menawarkan) sehingga kurang 40% daripada harga tiket
yang dipaparkan. Kalau setiap hari gunakan (ERL), boleh dapatkan kad
perjalanan dengan potongan harga daripada harga asal," katanya.
Aziz berkata, Putrajaya memberikan kebenaran ERL menaikkan kadar
tambangnya kerana kos operasi pengendali perkhidmatan itu kini meningkat
sehingga 2 kali ganda, tetapi mereka masih beroperasi menggunakan kadar
tambang lama.
Semalam, ERL mengumumkan tambang perjalanan satu hala antara KL
Sentral dan KLIA/klia2 akan meningkat sebanyak RM20 kepada RM55, mulai 1
Januari 2016.
Bagaimanapun, mengulas rungutan orang ramai, Aziz berkata, Putrajaya akan berbincang semula dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) berhubung perkara itu.
Ahli Parlimen DAP Dr Ong Kian Ming hari ini mencadangkan agar Putrajaya
menangguhkan cadangan kenaikan tambang bagi perkhidmatan KLIA Express dan sebaliknya menjalankan satu inkuiri terbuka bagi mewujudkan semakan harga yang berpatutan.
Wakil rakyat Serdang itu berkata, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai perlu mendedahkan kandungan penuh konsesi 30 tahun kerajaan dengan ERL Sdn Bhd yang ditandatangani pada 2002.
Ada apa-apa nak komen?
No comments :
Post a Comment