Monday, 14 December 2015

Petanda Terkini Kejatuhan Najib?

Perhimpunan agung tahunan (AGM) Umno yang berakhir semalam berjaya menyelamatkan Datuk Seri Najib Razak tetapi tidak menyelesaikan masalah parti itu dan negara, kata tokoh wartawan Datuk A Kadir Jasin.

“Najib dan konco-konconya tidak peduli Umno pecah, pentadbiran negara kucar-kacir dan ekonomi negara terus menjunam.

“Yang mereka peduli adalah kelangsungan kuasa,” kata bekas ketua pengarang Kumpulan New Straits Times Press (NSTP) itu.

Malah, kata Kadir, persidangan itu juga tidak berjaya menaikkan keyakinan pelaburan kepada Umno sehingga menyebabkan pasaran saham yang jatuh bertambah jatuh.

Dari 8 Disember hingga 11 Disember ia jatuh 2 peratus, tulis Kadir dalam blognya semalam.


Sementara itu, Kadir juga berkata Umno harus mempertimbangkan beberapa perkara selepas mesyuarat agung tahunannya yang berakhir semalam.

Katanya, ia termasuk undi tidak percaya terhadap Najib atau pungutan suara secara akuan berkanun (SD) di kalangan anggota parlimen harus diteruskan.

“Jadi, siapakah yang boleh kita harapan untuk menyelamatkan negara?” soalnya.

“Kita terpaksa berbalik kepada veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah yang sedang mempelopori usul tidak percaya/akuan berkanun.

Beliau bagaimanapun berkata, jika Najib terus berkuasa keadaan itu lebih menguntungkan pembangkang kerana BN lebih mudah dikalahkan dalam pilihan raya umum akan datang.

“Atau mereka menyokong usul tidak percaya/akuan berkanun dengan mana mereka berpeluang berkongsi kuasa dalam kerajaan perpaduan nasional.

“Sekiranya ini berlaku, hilanglah kuasa penentu Umno,” katanya.

Jika itu berlaku, katanya lagi, tiada pemimpin Umno yang akan beruntung, tidak kira sama ada timbalan perdana menteri Datuk Zahid Hamidi atau pendahulunya Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin.

Umno sekarang tersepit dalam keadaan masa tidak memihak kepada mereka selain pilihan yang terhad untuk diputuskan, kata Kadir lagi.

[ Sumber ]
Ada apa-apa nak komen?

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...