Thursday, 10 December 2015

Gempar! Sanusi Kata Pemimpin Negara Playboy. Siapakah Itu?

Mendakwa terhalang di Kedah, sebuah cawangan Umno dari negeri itu meraikan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu majlis di Kuala Lumpur hari ini.

Kira-kira 500 orang bernyanyi dan bersorak ketika bekas perdana menteri dan Presiden Umno itu tiba di Muzium Kesenian Islam ketika Tan Sri Sanusi Junid menyampaikan ucapan penuh bersemangat.

Sanusi diketahui salah seorang penyokong tegar Dr Mahathir dan pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Agung Umno serta Menteri Besar Kedah.

Kata Sanusi masalah yang sedang dihadapi negara ini "mudah saja" iaitu "kita mempunyai pemimpin yang tidak ada moral".

Tanpa berselindung Sanusi mendakwa "pemimpin" tersebut sebagai seorang "playboy yang susah untuk mengawal nafsu".
Kata Sanusi, 'penyakit' kedua yang dihadapi negara ini ialah "gila duit".

Kedua-dua masalah itu, katanya, mendorong pihak yang berkenaan mencari duit secara mudah.

"Penyelesaian kepada masalah ini ialah rakyat perlu bangkit. Kita terus membaca dan cuba memahami tetapi kita tak boleh lagi duduk berdiam diri.

"Kita orang Kedah, kita hidup di tengah-tengah sawah padi dan petani tidak tahu untuk bersembunyi," kata Sanudi mengulas mengenai kemelut semasa parti itu.

Seperti Dr Mahathir, Sanusi juga secara terang-terangan mengecam kepimpinan semasa Datuk Seri Najib Razak.

Majlis hari ini diadakan ketika lebih 2,000 perwakilan Umno berkumpul di Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur sempena perhimpunan tahunan parti berkenaan.

Menurut Sanusi, Najib kini tidak mampu mengenang nafsunya.

Dr Mahathir sebelum ini mengadu pihak yang cuba menganjurkan majlis penerangan membabitkan dirinya sukar mendapat tempat atas faktor tertentu.

[ Sumber ]
Ada apa-apa nak komen?

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...