Friday 11 December 2015

Ustaz UMNO Pun Pening Dengan Kenaikan Harga?

KUALA LUMPUR: Keputusan pihak kerajaan menaikan kadar tambang perkhidmatan pengankutan awam secara mendadak akan menjejaskan sokongan pengundi muda kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti.

Exco Pemuda, Dr Fathul Bari Mat Jahya berkata, pemerintah yang dibentuk oleh perikatan UMNO-BN sewajarnya mengkaji semula kenaikan itu, kerana segala keputusan sebenarnya terletak dalam tangan mereka.

(Adakah akan menjejaskan sokongan rakyat kepada kerajaan) sudah tentu, sebab kita (kerajaan) yang menentukannya.

“Kami menyambut baik (supaya kerajaan mengkaji balik kenaikan kadar tambang) kerana itu tuntutan rakyat. Kalau kita sendiri rasa perasaan itu, kita kena buat gesaan kepada kerajaan,” katanya ketika ditemui FMT di Persidangan Agung UMNO.

Nada sama turut disuarakan, Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO, Jamawi Jaafar. Beliau menggesa kerajaan pimpinan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak supaya berkorban untuk keselesaan rakyat.

“Kita parti yang memerintah perlu berkorban untuk rakyat, walaupun dalam keadaan politik tidak menentu, ekonomi kurang stabil dan faktor dengan pihak konsensi.

Sementara itu perwakilan dari Serdang, Abdul Rashid Abdullah berkata, rakyat akan menyalahkan pihak kerajaan BN walaupun sesetengah syarikat konsensi menjalankan operasi di negeri yang ditadbir pembangkang.

“Bila sesuatu kenaikkan berlaku orang akan menyalahkan kerajaan. Macam tol kebanyakkan berlaku adalah negeri seliaan pembangkang, tetapi mereka akan cakap kerajaan BN juga,” katanya.

[ Sumber ]


Catatan HS : Terdahulu, Dr Fathul Bari pernah menulis artikel bertajuk Menyingkap kenaikan harga barang di Utusan Online yang mengatakan kenaikkan harga barang adalah ketentuan Allah.
Ada apa-apa nak komen?

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...