Saturday, 12 December 2015

Selangor meraih Piala Malaysia buat kali ke-33

Selangor meraih Piala Malaysia buat kali ke-33 selepas mengalahkan Kedah 2-0 pada aksi final di Stadium Shah Alam, Selangor malam ini.

Selangor mendahului pasukan lawan pada separuh masa pertama dengan keputusan 1-0 menerusi jaringan Ahmad Hazwan Baki pada minit ke-3.

Hazwan sekali lagi memberikan gol kemenangan kepada Selangor di minit ke-47 pada separuh masa kedua.

Senarai pemain Selangor pada malam ini ialah Robert Richard Cornthwaite, Muhd Shahrom Kalam (kapten), Andik Vermansah (Mohd Fitri Shazwan Raduan), Leandro Dos Santos Oliveira Nazmi Faiz Mansor, Ahmad Hazwan Bakri (S.Veenod), Guilherme De Paula Lucrecio, Abdul Hadi Yahaya (K.Gurusamy), Mohd Raimi Md Nor, Mohd Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham dan Norazlan Razali.

Pasukan Kedah dibarisi pemain Seungwhan Bang, Shafizan Hashim (Muhd Syafiq Ahmad), Baddrol Bakhtiar, Chidi Edeh, Khairul Helmi Johari (kapten), Mohd  Rizal Ghazali, Muhamad Syazwan Tajudin (Muhd Farhan Roslan), Mohd Syazwan Zainon, Mohd Firdaus Muhamad (M Shazwan Abdullah), Liridon Krasniq dan Sandro Da Silva Mendonca. – Bernama, 12 Disember, 2015.


[ Sumber ]
Ada apa-apa nak komen?

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...