Friday 1 January 2016

Giliran Rafidah Pula Bantai 1MDB

Bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri Tan Sri Rafidah Aziz berkata, syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) nampaknya tidak menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Katanya, ia tidak sepadan dengan berbilion ringgit yang sudah dilaburkan kerajaan ke dalam syarikat sarat hutang itu.

"Untuk berbilion ringgit tersebut, 1MDB tiada input kepada pertumbuhan ekonomi," katanya menerusi akaun Facebook beliau hari ini.

Dalam bingkisan sempena tahun baru 2016 itu, Rafidah turut mengingatkan tugas kerajaan adalah memudah cara sektor perniagaan dan bukannya terlibat dalam perniagaan.

"Kerajaan sepatutnya memudah cara perniagaan dan bukannya terlibat dalam perniagaan.

"Sektor swasta perlu dibantu bagi menjadi pemacu utama ekonomi negara," katanya.

Beliau turut menyeru orang ramai agar menjadikan 2016 sebagai lembaran baharu dalam ekonomi dan politik negara.

"Sekarang masa memberikan tumpuan serius terhadap tadbir urus politik dan kewarasan dalam suasana politik dan sosial.

"Segala usaha perlu dibuat bagi mengembalikan keyakinan dan kepercayaan dalam urus tadbir ekonomi dan sosial," katanya. – 1 Januari, 2016.

[ Sumber ]



Ada apa-apa nak komen?

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...