Friday, 1 January 2016

Apa Kaitan Najib Dengan Budak Ni? Mari Baca.

PETALING JAYA: Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin turut menyelar perbuatan remaja berusia 14 tahun yang menipu kononnya diculik oleh penculik menggunakan van putih pada Selasa lalu.

“Seorang remaja 14 tahun dilaporkan telah berbohong bahawa dia telah diculik padahal itu perancangannya dengan teman lelakinya.

“Dia dikatakan hanya ingin mengelirukan ibubapanya. Rakaman suara dia diculik telah menjadi viral dan menarik simpati ramai pihak. Perasaan takut, bimbang dan simpati mengiringi cerita tipu itu.

“Teknik berbohong dan menipu untuk mengelirukan pihak lain nampaknya telah dikuasai oleh rakyat semuda itu. Siapakah yang mengajar teknik pembohongan dan penipuan sebegini,” sindirnya melalui status terbaru di Facebooknya.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam Twitternya pagi tadi berkata, polis telah menemui Nor Amira yang kononya diculik menggunakan van putih.

Remaja itu dikatakan melarikan diri bersama teman lelakinya dan berbohong diculik untuk bebas daripada ibu bapanya.

[ Sumber ]

Catatan HS : hhuhuhuhu ... dia guna istilah "rakyat" semuda itu .. padahal dia boleh guna perkataan lain seperti remaja semuda itu ...
Ada apa-apa nak komen?

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...