Monday, 7 December 2015

Rahsia Kenapa Lisa Sorokkan Gambar Anak Terbongkar

PETALING JAYA: Penyanyi dan pengarah Yusry Abdul Halim tidak pernah berniat untuk menyorokkan anaknya Yahaira Leanne daripada dilihat umum seperti mana didakwa sesetengah pihak sebelum ini.
Yusry, 42, menerusi akaun Instagram miliknya sebaliknya berkata, sebagai seorang bapa dia mahu bayinya itu membesar secara normal dan sederhana seperti kanak-kanak lain.

"Assalamualaikum. Alhamdulillah. Kami amat bersyukur atas kehadiran Yahaira dalam hidup kami. Tidak pernah ada niat di hati untuk 'sorokkan anak' seperti didakwa sesetengah.

"Cuma sebagai bapa, saya mahu anak saya membesar dengan cara paling normal dan sederhana," katanya.

Terdahulu, isteri Yusry iaitu pelakon Lisa Surihani, 29, membuat keputusan untuk tidak mendedahkan wajah anak mereka di laman sosial setelah mengambil kira keselamatan dan psikologi bagi kanak-kanak yang sedang membesar.


Menerusi entri sama, Yusry turut meminta agar masyarakat berhenti daripada meletakkan kesalahan ke atas Lisa yang turut tidak mahu mendedahkan anak mereka itu.

Kata Yusry, pilihan mereka adalah untuk kebaikan Yahaira tambahan pula bayi mereka itu bukan seorang selebriti.

"Janganlah juga ibunya terus dipersalahkan kiranya mahu anaknya membesar secara sederhana.

"Hidup sebagai selebriti tidak pernah di'pilih' oleh anak kami ini," jelasnya.

Sementara itu, mengulas mengenai tindakannya memuat naik gambar Yahaira bersempena majlis aqiqah pada Ahad, Yusry berkata, ia adalah hari bersejarah buat mereka sekeluarga.

Bagaimanapun, Yusry berharap gambar berkenaan tidak diberi perhatian atau kritikan oleh pengikut di laman sosial.

"Saya muat naik gambar kami sekeluarga kerana semalam hari bersejarah untuk kami dan hari yang penting buat Yahaira.

"Dengan terbitnya gambar ini, Insya-Allah anak yang tidak berdosa ini tidak akan diberi pujian melampau mahupun dikeji," katanya.

[ Sumber ]
Ada apa-apa nak komen?

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...