Wednesday, 16 December 2015

Lepas Ini Tidak Akan Ada Lagi Bersih 5.0, Ini Sebabnya.

KUALA LUMPUR : Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2015 yang diluluskan Dewan Rakyat pada 3 Disember lalu memberikan kuasa kepada kerajaan untuk merobohkan kawasan perumahan yang dianggap mengancam keselamatan negara.

Ahli Jawatankuasa DAP Selangor, Prof. Dr Abdul Aziz Bari berkata, pemilik rumah yang dirobohkan itu pula tidak akan diberikan sebarang pampasan oleh kerajaan.

Dengan adanya undang-undang seperti ini, kawasan keselamatan rumah kita boleh ‘ditolak’ (diroboh) dengan begitu sahaja. Tidak ada pampasan.

“Ini satu perkara yang cukup serius. Lepas ini kita (juga) susah nak buat protes harga minyak, harga barang, sebab kerajaan boleh istihar macam-macam,” katanya.

Dia berkata demikian ketika menjadi salah seorang ahli panel dalam Forum Awam RUU MKN 2015 Kenapa Perlu Ditentang di ibu negara malam tadi.

Menurut pakar Perlembagaan itu, RUU MKN ini juga membolehkan kerajaan mengistiharkan darurat secara tidak langsung.

Saya fikir perkara ini berlaku ialah kerana kerajaan menduga bahawa dalam masa yang terdekat akan wujud Bersih 5.0,” tegasnya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Sepang Hanipa Maidin pula berpendapat tidak ada satu pun perkara di dalam RUU MKN 2015 itu adalah baik.

“Semuaya hampas. Memang tidak ada boleh kita sokong langsung. Ini kerana ideanya adalah memberi kuasa kepada Perdana Menteri,” katanya

Hanipa berkata, RUU MKN 2015 itu juga membolehkan majistret mempunyai kuasa untuk tidak membuat inkues terhadap mana-mana kes kematian yang meragukan.

“Sama ada yang mati itu mereka berada dalam kawasan keselamatan atau pasukan tentera dan polis yang bertugas untuk kawasan keselamatan itu. Sebagai contoh seorang polis atau tentera diarahkan untuk menangkap orang atau masuk rumah orang.

“Dia tak mahu, maka dia pun ditembak. Kematian misteri. Maknanya kita sebagai keluarga nak semak kenapa dia meninggal. Kita minta inkues. Pergi ke mahkamah, mahkamah boleh arah dan tidak mengarah.

“Tapi dalam CPC (Criminal Procedure Code) dia kena buat. Maknanya tindakan daripada Peguam Negara bukannya majistret..tapi sekarang ini dia bagi kuasa kepada majistret. Masalahnya majistret ini dari segi hierarki perundangan adalah paling rendah,” katanya.

[ Sumber ]
Ada apa-apa nak komen?

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...