Tuesday 22 December 2015

Rahsia Menteri BN Terbongkar!

KUALA LUMPUR: Selepas tiga minggu memulakan operasi, kompleks Mara Digital dikritik pelanggan kerana masih bergantung kepada peniaga di Plaza Low Yat.

Ia berikutan status seorang pengguna di Facebook yang mempersoal tindakan sebuah premis di Mara Digital yang meminta pembelinya mendapatkan jaminan bagi barangan yang dibeli di Plaza Low Yat.

Rasa tidak puas hati itu dikongsi dalam Facebook milik penama Zahir Din.

“Baru lepas beli power bank. Mahu sokong kedai orang Melayu. Semua penjual orang Melayu. Terkejut penjual kata untuk jaminan kena pergi Plaza Low Yat. Plastik tertulis jelas Plaza Low Yat.

“Plastik tertulis jelas Plaza Low Yat. Macam mana mahu boikot Plaza Low Yat. Pak Menteri boleh beri jawapan tak?,” tulis Zahir Din.


Berikutan itu, FMT telah membuat tinjauan dan menemubual sendiri pengurus di kedai berkenaan.

Pengurus kedai Elephone yang hanya ingin dikenali sebagai Ain mengaku terdapat beberapa barangan yang terpaksa dibeli daripada peniaga di Low Yat kerana hanya mereka sahaja membekalkan produk tesebut.

Bagaimanapun, Ain menolak dakwaan pihaknya menjadi orang tengah bagi Low Yat. Menurut Ain, pihaknya membeli secara pukal dari Low Yat dan kemudian menjualnya kepada pelanggan.

“Itu sebabnya pelanggan terpaksa dirujuk ke Low Yat sekiranya barangan yang dibeli mempunyai masalah.

“Ini kerana kebanyakan pusat pembaikpulihan dan juruteknik tertumpu di Low Yat. Di Mara Digital masih belum ada lagi tetapi dijangka dibuka pada tahun hadapan,” katanya kepada pemberita.

Ain berharap pengguna memahami bahawa Mara Digital masih baru dan sokongan daripada masyarakat amat diperlukan dalam membantu peniaga Bumiputera.

Sementara itu, FMT turut menemui Pengurus Mara Digital, Muhamad Khairul Ikmal.

Katanya, mereka masih mengikut syarat mengambil barangan daripada pembekal Bumiputera. Walaubagaimanapun, peniaga terpaksa bergantung pada Low Yat dari segi khidmat baikpulih barangan elektronik.

“Ini kerana di Mara Digital belum ada lagi pusat pembaikpulih sendiri dan kebanyakan masih tertumpu di Low Yat.

“Namun pihak Mara telah berjanji untuk menyediakan pusat pembaikpulih sendiri di bangunan ini dan kami masih menunggu janji itu,” katanya.

Mara Digital kini ditempatkan di aras tiga Busana di Menara Mara dan dibuka dari 10 pagi hingga 10 malam.

Diuruskan oleh syarikat WGN Scan Sdn Bhd, pusat itu menempatkan 11 kedai konsep, 20 kiosk, dua penyedia rangkaian internet, dan lima pengendali rangkaian telefon yang semuanya dimiliki kaum Melayu.

[ Sumber ]
Ada apa-apa nak komen?

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...