Thursday 31 December 2015

Rupanya Inilah Sebab Mahathir Tolak TPPA dan Najib Suka

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menolak jaminan daripada Putrajaya yang negara ini boleh menarik diri daripada Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) pada bila-bila masa, sambil mengatakan langkah itu akan menyebabkan Malaysia hampir muflis.

Bekas perdana menteri itu berkata, menarik diri daripada TPPA selepas perjanjian itu dimeterai akan membuka jalan bagi syarikat-syarikat yang mengalami kerugian untuk menyaman Malaysia di mahkamah di mana Putrajaya tidak boleh memberi "tekanan atau rasuah".

"Keputusan untuk menarik diri daripada TPPA jelas akan menyebabkan kehilangan keuntungan dan keuntungan masa depan oleh syarikat yang melabur di Malaysia atau perdagangan dengan Malaysia," tulis Dr Mahathir dalam blognya chedet.cc hari ini.

"Keputusan itu akan melibatkan banyak syarikat yang dikatakan akan menanggung kerugian ratusan bilion. Mahkamah tidak akan menjadi milik kita di mana kita hanya boleh bergantung kepada simpati dan prihatin terhadap apa yang akan berlaku kepada ekonomi dan kewangan kita.

"Tidak ada cara kita boleh memberi tekanan atau rasuah kepada mahkamah. Kita hanya perlu membayar berbilion-bilion."

Dr Mahathir juga mengingatkan orang ramai Malaysia sudah menjadi negara perdagangan ke-17 terbesar di dunia tanpa bantuan perjanjian.

Beliau berkata, Malaysia kemudiannya bebas untuk melindungi diri, merangka dasar memberi manfaat kepada semua rakyat dan perdagangan dengan sesiapa sahaja yang ia mahu.

Tambahnya, TPPA bukan menggalakkan perdagangan bebas, tetapi "sepenuhnya khusus untuk mengawal selia perdagangan".

"Saya boleh katakan banyak perkara-perkara lain yang tidak baik mengenai TPPA. Tetapi kerajaan sudah tentu tidak akan mempedulikannya.

"Kerajaan akan melakukan apa yang mereka mahu lakukan. Jangan tanya mengapa. Anda tahu apa jawapan yang anda akan dapat apabila anda menanyakan apa-apa soalan kepada kerajaan."

Bernama melaporkan sesi khas Parlimen untuk membuat keputusan mengenai penyertaan Malaysia dalam TPPA ditetapkan pada akhir Januari tahun depan.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata ia akan melibatkan perbahasan 2 hari di Dewan Rakyat dan sehari suntuk di Dewan Negara.

Rundingan TPPA, yang mula-mula dilancarkan pada 2005, melibatkan 12 negara - Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Amerika Syarikat dan Vietnam. – 31 Disember, 2015

[ Sumber ]
Ada apa-apa nak komen?

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...