Friday, 1 January 2016

Sindrom Benci Najib Terus Tersebar Di Tahun Baru

PUCHONG: Gabungan Ketua Cawangan Umno (GKCM) berikrar akan terus mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya berundur pada tahun akan datang.

Jurucakapnya, Kamarul Azman Habibur Rahman berkata desakan itu bertujuan bagi menyelamatkan negara dan memastikan kesejahteraan rakyat terus dibela.

Katanya, pelbagai program telah diatur antaranya akan mengadakan jelajah Solat Hajat Perdana ke seluruh negara.

“Kita sasarkan tahun hadapan akan menganjurkan sebanyak 1000 program Solat Hajat Perdana akan dianjurkan setiap minggu.

“Dalam program itu kita akan berdoa agar kepimpinan negara kita ini akan mengikut nilai-nilai Islam dan berdoa agar rakyat kita terus terbela dan tidak terbeban dengan kos sara hidup yang semakin tinggi,” katanya dalam satu sidang media di Surau al-Raayah, Taman Puchong Permai, pada Khamis malam.

Sebelum itu GKCM telah mengadakan program Solat Hajat Perdana di sini dan ia merupakan program anjuran pertama oleh gabungan itu.

Sementara itu, Ketua Umno Cawangan Kampung Railway, Mohd Said Midon berkata program-program sebegini akan diteruskan.

Beliau juga yakin program sebegini akan memberi impak yang baik dalam membela nasib rakyat yang ditindas.

“Solat Hajat ini merupakan kali pertama diadakan.

“Kita yakin program sebegini akan memberi impak yang besar disamping menerangkan tujuan program yang kami jalankan ini. Kita rancang selepas ini akan mengadakan jelajah di Utara (wilayah utara semenanjung Malaysia) dan di Pasir Gudang, Johor.

“Kita akan terus beri tekanan kepada pemimpin yang menindas rakyat,” katanya.

[ Sumber ]
Ada apa-apa nak komen?

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...