Wednesday 13 January 2016

Rupanya Bauksit Di Malaysia Lebih Bernilai

PETALING JAYA: Tidak ada sebarang cukai dikenakan oleh kerajaan terhadap aktiviti perlombongan bauksit di Kuantan, Pahang termasuk cukai barangan dan perkhidmatan (GST) mahupun duti eksport.

Perkara itu dijelaskan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Johari Abdul Ghani yang memberitahu, langkah itu disebabkan ia tidak diperuntukkan dalam undang-undang percukaian negara.

“Memang bauksit tidak dikenakan eksport duti dan GST,” katanya yang dipetik dari akhbar Utusan Malaysia.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Datuk T. Subromaniam berkata, kerajaan tidak memungut cukai kerana memang tiada duti eksport dikenakan terhadap perlombongan bauksit.

Menurutnya, pulangan bauksit kepada hasil pendapatan negara disalurkan menerusi pembayaran royalti yang dilakukan oleh para pengilang kepada kerajaan negeri.

Semalam, PKR mendedahkan hasil bauksit yang dilombong di Kuantan, Pahang langsung tidak dikenakan duti eskport.

Naib Presidennya, Rafizi Ramli berkata, semakan yang dibuat di laman sesawang Kastam Diraja Malaysia (KDRM) menunjukkan kadar duti eksport bagi bauksit adalah 0%.


[ Sumber ]


Catatan HS : Peneroka kena tipu, pelombong pula tak payah bayar cukai ..Menurut kiraan Rafizi, negara kerugian RM180 Juta. Siap untung?
Ada apa-apa nak komen?

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...