Sunday, 6 December 2015

Peniaga Nasi Lemak dan Nasi Kandar Akan Didenda Tidak Lama Lagi ..

KANGAR: Kerajaan akan mengenakan tindakan undang-undang terhadap mana-mana pengendali makanan yang menggunakan kertas bercetak sebagai pembungkus makanan berkuat kuasa 1 Januari 2016.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Negeri Jafperi Othman berkata berdasarkan kajian toksikologi, kertas bercetak didapati mengandungi bahan kimia berbahaya  yang menjadi punca kanser.

"Karsinogenik pada bahagian dakwat boleh menjejaskan sistem penghadaman seseorang selain meningkatkan kandungan toksik dalam badan manusia," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengedarkan kertas pembungkus makanan percuma sempena kempen Larangan Menggunakan Kertas Bercetak Sebagai Pembungkus Makanan kepada kira-kira 100 peniaga di Tapak Pasar Pagi Behor Lateh di sini, Ahad.

Turut hadir Pengarah Kesihatan Negeri Dr Zaini Hussin.

Jafperi berkata mana-mana pengendali makanan yang masih berdegil akan dikenakan tindakan undang-undang di bawah Peraturan 36 (Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009).

"Peraturan itu dikenakan akibat kegagalan pengendali makanan mematuhi kehendak berhubung penyediaan, pembungkusan dan penghidangan makanan. Ia boleh membawa denda maksimum RM10,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.

Dalam pada itu, Jafperi berkata kempen itu bermula 19 Jun lepas bertujuan mendidik dan memberi kesedaran kepada pengusaha makanan serta orang ramai berkenaan bahaya penggunaan kertas bercetak sebagai pembungkus makanan.

"Antara lokasi yang dilawati setakat ini adalah di pasar malam Kuala Sanglang, Kaki Bukit, Abi, Arau, Kangar, pasar pagi Arau, Simpang Empat dan hari ini di Behor Lateh, katanya.

Jafperi berkata kerajaan negeri dan Jabatan Kesihatan akan bersama-sama membuat tinjauan berterusan bagi menyedarkan pengedali makanan tentang bahaya penggunaan kertas bercetak sebagai pembungkus makanan.

Sumber
Ada apa-apa nak komen?

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...