Sunday, 6 December 2015

Tarikh Pembayaran BR1M 2016


Tarikh, jumlah dan cara Pembayaran BR1M 5.0 Tahun 2016 boleh rujuk jadual di bawah. Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 5.0 2016 akan mula dibayar secara ansuran/berperingkat bermula bulan Januari 2016.
Pembayaran BR1M 2016 dibuat secara berperingkat sebanyak 3 kali dalam setahun iaitu Bulan januari, Mei dan September 2016 kepada penerima di bawah kategori isi rumah (ketua keluarga atau warga emas). Manakala pembayaran kepada penerima kategori individu/bujang akan dibuat sekaligus mulai Januari 2016.


Tarikh Pembayaran BR1M 2016

Tarikh pembayaran bermula
Pendapatan isi rumah bawah RM1,000 sebulan
(e-Kasih )
Pendapatan isi rumah bawah RM3,000 sebulanPendapatan isi rumah RM3,000 hingga RM4,000 sebulan
Individu Bujang 21 tahun keatas dan berpendapatan tak melebihi RM2,000 sebulan
Januari 2016RM350RM300RM250RM400
Mei 2016RM350RM350RM250---
September 2016RM350RM350RM300---
JumlahRM1050RM1000RM800RM400

Cara Pembayaran BR1M 2016


Bagi penerima yang telah mengisi nombor akaun bank semasa memohon, pembayaran akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank penerima. Bagi penerima yang tiada akaun bank akan menerima baucar BR1M, yang boleh ditunaikan di Bank Simpanan Nasional (BSN), CIMB, Maybank atau Public Bank.
Untuk membuat semakan samada permohonan BR1M anda berjaya atau tidak (serta mengemukakan rayuan sekiranya anda gagal).

Cara Membuat Semakan BR1M 2016

Terdapat 4 cara untuk mengetahui status permohonan BR1M anda:
  1. Semakan status BR1M secara online
    Ini cara paling senang. Semakan status permohonan BRIM secara online boleh dibuat di laman rasmi eBR1M Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) iaitu di pautan:
    https://ebr1m.hasil.gov.my/DefaultSemakanKeluar.aspx?m=s&y=2016
  2. Semakan status BR1M melalui telefon
    Pemohon juga boleh menyemak status BRIM dengan menelefon nombor hotline Kementerian Kewangan Malaysia 03-88824565 / 03-88824566 atau nombor bebas tol Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) 1-800-88-2716. Semakan boleh dibuat setiap hari bekerja dari pukul 9 pagi hingga 5 petang.

  3. Semakan keputusan BR1M  melalui email
    Semakan BR1M dan pertanyaan juga boleh dibuat menerusi emel ke alamat br1m@treasury.gov.my. Sila nyatakan nama penuh dan nombor kad pengenalan anda di dalam emel tersebut.

  4. Makluman keputusan permohonan BR1M melalui pos
    Notis atau surat makluman lulus atau gagal permohonan BR1M akan diposkan secara berperingkat-peringkat mulai minggu terakhir bulan Januari 2016. Jika berjaya surat itu juga juga akan menyatakan tarikh dan juga tempat majlis penyerahan baucar BR1M (bagi yang tiada akaun bank).

Ada apa-apa nak komen?

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...